Kerjasama Umno, Pas diputuskan pucuk pimpinan
KOTA BHARU - Hubungan kerjasama yang dihulurkan Umno kepada Pas akan
dibincangkan dan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti (Pas), kata
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob hari ini.
Ahmad berkata, kerjasama antara parti ini adalah perkara besar serta
melibatkan dua dasar parti yang berlainan dan perlu juga dibawa ke
muktamar Pas.
"Kerjasama dari segi politik, saya tidak boleh komen kerana ini mesti mari (datang) daripada pucuk pimpinan (Pas).
"Bagaimana pun saya mengharapkan dari segi kesedaran masyarakat Islam
dan orang Melayu di negara ini mestilah semakin baik terutama untuk
meletakkan Islam di tahap yang tertinggi dalam semua perkara," katanya
kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Wakaf Baharu, Tumpat.
Ahmad diminta mengulas tawaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini yang menghulurkan "tali silaturahim" kepada Pas untuk
sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam
sebenarnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno hulur tangan kepada Pas]
Najib, yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas
tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas "disepak dan diterajang
keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan
Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di
Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata hubungan
kerjasama antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan adalah baik
dan sedang dipertingkatkan lagi.
"Kerjasama telah wujud sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menjadi menteri besar Kelantan, sekarang ini saya meningkatkan lagi
kerjasama tersebut," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata
penjelasan berhubung tawaran jalinan kerjasama daripada Umno itu akan
dibuat oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Hanya Presiden yang akan membuat kenyataan berhubung perkara
ini...kerana kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan," katanya. -
Bernama
6 orang berkata:
Inilah yang dinantikan oleh pemimpin PAS sekarang, semoga berjaya.
Bekerjasamalah kamu dgn umno. Berhududlah kamu dgn umno.
Biarlah kami mengundur diri.
Tak UG, kesian kat najib sbb najib dah hulur tangan. UG takut walaon lari kat amanah.
Pening kepala tn haji Dol.
Klu pas nak tengok najib kekal sbg PM, pas kenalah bekerjasama dgn umno. Ahli2 pas kenalah berkorban sikit. Tak kan lah ahli2 pas tak kesian kat pm kita suami isteri.
Pas arah semua ahli tidak keluar apa2 kenyataan tentang kenyataan PM hulur salam perpaduan UG.
Betullah apa yg hussam cakap. Makhluk UG memang benar2 wujud. Patutlah dulu TGNA marah kat orang2 tu.....rupanya betul.
Pada akhir zaman ini, pemimpin zalim , korup, pentingkan diri, dàn lain2 kebanyakan yg menjurus ciri negatif yg dipraktikkan, lebih2 lagi pemimpin ini dikelilingi juga si penjilat tegar yg lebih kurang sàma kehendak mereka. Harta menjadi keutamaan.
Post a Comment