KUALA LUMPUR - Sebuah buku setebal 28 halaman yang menceritakan
peribadi Timbalan Presiden Umno, Tan Seri Muhyiddin Yassin diedar
individu tidak dikenali hari ini.
Buku bertajuk 'Aku Bukan Petualang' itu turut mendedahkan mengenai
perjuangan Muhyiddin sepanjang berada dalam Umno dan kerajaan.
Buku itu turut mempertahankan tindakan Muhyiddin dalam membawa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut buku itu, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, pihaknya
sentiasa mendokong dasar-dasar kerajaan yang dibawa Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malangnya, apabila sudah tidak lagi menjawat jawatan itu, kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno juga diketepikan.
Buku itu diedarkan kepada perwakilan oleh dua lelaki yang tidak
dikenali di jejantas pejalan kaki yang terletak di antara Pusat Dagangan
Dunia Putra dan Kompleks Sunway Putra sekitar jam 8.30 pagi.
Ada beberapa bab yang ditekankan buku itu antaranya, Fasa Kritikal
Umno, Luahan Jiwa Anak Pagoh, Bukti Bukan Petualang, Hidup Mati Tetap
Bersama Umno, 1MDB Jatuh, BN terkubur, Apa Silap Saya dan Berani Kerana
Benar.
Diakhir tulisan buku itu, Muhyiddin turut bersumpah yang beliau tidak berbohong mengenai apa yang didedahkan selama ini.
2 orang berkata:
Mat sabu bukan pengkhianat.
Klu hadi bagi oksigen kpd umno, baiah talak isteri jatuh kpd hadi.
Sila jumpa peguam syariah.
Post a Comment