Umno jadi musuh tradisi Pas kerana prinsip syarak
SHAH ALAM - Umno menjadi musuh tradisi Pas adalah kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli Umno.
Demikian respons Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
mengenai ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang
ingin 'menghulurkan tangan' kepada Pas untuk menjalinkan kerjasama
politik antara Pas dan Umno.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Umno mempunyai tanggungjawab
akidah dan syariat di atas bahunya kerana telah diberi amanah dan
kekuasaan pemerintahan.
"Pas, sebagai parti pembangkang, akan tetap dengan dasarnya mengajak
manusia dan mendesak mereka yang berkuasa untuk kembali kepada sistem
yang diturunkan oleh ALLAH.
"Kita tidak akan jemu mengajak, mendesak dan menyeru Umno agar
meninggalkan dasar nasionalisme yang menjadi asas perjuangan mereka.
"Malangnya, akibat perbezaan dasar ini, Pas dan ahli Pas terus menerima
tekanan dan penindasan, terutamanya di tangan Umno," katanya dalam satu
kenyataan media, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, ribuan kakitangan awam yang menderita ditukar dan
dikenakan pelbagai tindakan kerana mereka menyokong Pas.
Katanya lagi, Kelantan terus menderita dan ditindas dengan teruk sejak
Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan di 1990.
"Meskipun begitu, sebagaimana yang diajar Islam, setiap orang diberi
ruang bertaubat. Sejarah perjuangan Pas membuktikan Pas sanggup
melupakan sejarah silam andainya mereka sedia menerima dasar Islam yang
di bawa oleh Pas," katanya.
Sebagai contoh, katanya, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi arkitek
menumbangkan Pas di Kelantan diterima sebagai rakan politik Pas semasa
beliau menerajui Semangat 46.
Demikian juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hebat bertembung dengan
Pas sewaktu bersama Umno diterima sebagai rakan sepasukan apabila
menubuhkan PKR dalam Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat,"
katanya.
Bahkan katanya, DAP yang sangat sukar diterima di kalangan pengundi
Melayu, mendapat keuntungan politik bilamana Pas menerima mereka sebagai
rakan politik sebelum ini.
"Sebagai sebuah gerakan Islam, matlamat Pas ialah menyelamatkan manusia
dan negara dari kerosakan. Kini, oleh kerana perjuangan Pas memberi
fokus kepada syariat,
"Maka, Perdana Menteri tampil dengan cadangan gagasan pembinaan negara
berteraskan syariat tatkala beliau terus lemas di dalam jawapan-jawapan
yang semakin mengelirukan mengenai penderma RM2.6 bilion di akaun
peribadi beliau sama ada daripada penderma, para penderma atau
wakil-wakil penderma," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment