Presiden perlu buktikan apa yang dicakap
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan
menunggu tindakan susulan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan
beberapa isu yang dibangkitkan beliau sebelum ini.
Muhyiddin berkata, Presiden Umno itu perlu membuktikan apa yang disebut
dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno itu benar dan tidak
akan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan.
"Itu bukan masalah saya, tetapi masalah rakyat supaya rakyat yakin, percaya apa yang beliau sebut itu, beliau akan kotakan.
"Tiada timbul syak wasangka yang menyebabkan kita menghadapi masalah
dan kurang keyakinan kepada pihak parti dan kerajaan," katanya kepada
pemberita selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Terpulang pada Muhyiddin, kata Najib]
Beliau mengulas ucapan penggulungan Presiden Umno itu, hari ini bahawa
mana-mana pihak yang menolak perdamaian dan mahu pertelagahan, ia
bererti ia bukan soal peribadi.
Najib berkata, mereka bukan sahaja menentang beliau sebagai presiden
parti bahkan ia menolak titik perdamaian dan menolak keputusan keputusan
syura Majlis Tertinggi Umno.
Mengulas lanjut, Muhyiddin juga mempertahankan pendiriannya bahawa
segala tegurannya terhadap pimpinan Umno bukan soal peribadi.
"Ini bukan soal peperangan, mana ada pergaduhan, ini soal prinsip
perjuangan, kalau ada apa-apa perkara, kita sama-sama membetulkan, kalau
ada kelemahan, kita buat teguran," tegasnya.
Ditanya mengenai tindakannya yang enggan bangun ketika Najib menyentuh
soal pendamaian, beliau bagaimanapun berkata tidak timbul isu untuk
menuruti kehendak Perdana Menteri itu.
"Itu semua tak penting, bangkit tak bangkit," katanya lagi.
1 orang berkata:
Hadi perlu buktikan persenyawaan antara dua parti UG akan menyebabkab hudud dilaksanakan secepat mungkin. Hadi kena buktikan bahwa dia tak sembang kencang sahaja.
Post a Comment