PKR pantau kerjasama Umno dengan Pas
KUALA LUMPUR - PKR mengakui pihaknya sedang memantau sejauhmana kerjasama antara Umno dengan Pas.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana Pas masih mempunyai kerjasama (tahalufsiyasi) dengan PKR.
"Kita memantau segalanya-galanya (kerjasama antara Umno dengan Pas),"
katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pakatan Harapan
Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini pada Persidangan Agung Umno, Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Tun Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk
sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam
sebenarnya.
Ditanya mengenai kesan terhadap Pakatan Harapan, Rafizi berkata
sekiranya ia benar-benar berlaku, pihaknya akan berhadapan dengannya.
Sementara itu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu turut serta
pada majlis tersebut ketika ditanya mengenai kerjasama antara Umno
dengan Pas berkata, ia terpulang kepada kedua-dua parti untuk membuat
keuputusan.
Katanya lagi, beliau tidak tahu apa yang direncanakan oleh Najib melalui usaha kerjasama kedua-dua parti berkenaan.
"Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala Najib, terserahlah kepada Umno dengan Pas untuk buat keputusan," katanya.
2 orang berkata:
Pantau apa.Pas pun tahu apa patut dia buat atau batas batas utk kerjasama.
Padan muka ulamak Pas .kini dimainkan oleh Peminpin Umno.kah.kah.kah.Bodoh tak habis2 selepas di tinggalkan oleh al marhum TGNA.
Post a Comment