Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKLIMAT PRESIDEN DALAM PAU BUKAN PERKARA BESAR ?

Tidak hadir Taklimat Presiden, Muhyiddin jawab
Tidak hadir Taklimat Presiden, Muhyiddin jawab
Muhyiddin. –Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI
 
 
KUALA LUMPUR - Susulan ketidakhadirannya pada majlis Taklimat Presiden, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 malam semalam yang menjadi tumpuan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil menjawab kepada Sinar Online. 
 
Menurut Muhyiddin, beliau telah mempunyai temu janji lain yang ditetapkan lebih awal dengan Umno Pagoh di Universiti Malaya (UM), malam semalam.

“Itu bukan merupakan satu perkara besar. Taklimat presiden itu biasa. Saya sudah jangka mungkin apa-apa yang nak dijelaskan itu bukan sesuatu perkara yang baharu. Namun kebiasaannya, taklimat itu diadakan sebelah petang, kali ini dibuat sebelah malam.

“Saya pula sudah ada jadual dengan ahli-ahli parti saya (Pagoh) kira-kira 200 orang dalam majlis makan malam di Kompleks Persatuan Alumni UM. Maka, saya sudah terikat dengan program itu,” katanya.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata beliau menerima maklumat bahawa Muhyiddin telah sampai ke PWTC namun tidak masuk ke Dewan Merdeka di mana majlis taklimat itu berlangsung.

Program  yang bermula jam 9 malam itu, menjadi amalan Presiden Umno berucap dan memberikan amanatnya di hadapan 191 pimpinan Umno bahagian dari seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kehadiran dan penyertaannya dalam PAU esok itu sendiri lebih penting.

“Bagi saya, ini (ketidakhadiran) tidak harus digembar-gemburkan. Bukan kerana seolah-olah saya tidak menghormati tetapi yang lebih penting, kehadiran saya dan penyertaan saya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (malam ini) dan perhimpunan agung, esok,” katanya.

Kira-kira jam 3 petang tadi, Muhyiddin dan isteri dilihat tiba ke PWTC bagi melawat persidangan ketiga-tiga sayap parti, Pemuda, Wanita dan Puteri yang sedang berlangsung.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.