Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BEBAS


Dua nelayan Sekinchan pulang ke pangkuan keluarga
Dua nelayan Sekinchan pulang ke pangkuan keluarga
Dua nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu telah dibebaskan dan dibawa ke Jeti Bagan Sekinchan, hari ini. - Foto Bernama

SUNGAI BESAR - Dua nelayan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu selamat pulang ke pangkuan keluarga di sini, hari ini.

Chua Lee Teck, 45, dan Heng Chee Yong, 29, dari Bagan Sekinchan di sini ditahan di Tanjung Pinang, Indonesia pada 4 Mac lalu sebelum dibebaskan hari ini selepas Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menandatangani surat pengampunan mereka.

Kepulangan mereka yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dengan menggunakan bot nelayan disambut kira-kira 200 penduduk terdiri daripada sanak saudara dan sahabat handai yang memenuhi jeti Pantai Redang, Sekinchan seawal 4.30 petang.

"Saya tidak sangka kami boleh balik begitu cepat ke Malaysia. Kami dapat tahu semalam yang kami akan dibebaskan hari ini dari bos (pengusaha kapal) yang menghubungi kami di sana.

"Kalau tiada bantuan daripada kerajaan, kami akan ditahan lebih lama iaitu dua tahun lagi," kata Chua sebaik tiba di jeti berkenaan pada 5.25 petang.

Menurut Chua, walaupun berlaku insiden demikian beliau tetap tidak serik turun ke laut untuk mencari rezeki memandangkan telah 30 tahun menjadi nelayan.

"Janji kita tidak buat salah, apa nak takut dan itu sajalah mata pencarian yang saya tahu buat," katanya.
Menurut beliau ketika menjalani hukuman, mereka mengakui dilayan oleh penguat kuasa Indonesia dengan adil sepertimana tahanan lain.

Heng pula berkata sebaik melihat keluarganya, beliau tidak dapat menahan sebak dan sangat gembira dan terus memeluk kedua-dua anaknya.

"Masa dalam tahanan, apa yang saya fikirkan bagaimanalah nasib keluarga saya dan saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu membebaskan kami.

"Saya sudah beberapa hari tidak makan, sekarang apa yang berlegar dalam fikiran saya hanya mahu makan bersama keluarga," katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin parti BN menaiki dua bot nelayan yang dipenuhi bendera Malaysia, Barisan Nasional (BN) dan MCA untuk membawa pulang kedua-dua nelayan berkenaan dari bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pertukaran bot dilakukan di Selat Melaka.

Dalam pada itu, Jamal berkata usaha pembebasan dua nelayan itu tiada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar kerana ia dimulakan sejak Mac lepas untuk membebaskan kedua-dua nelayan tersebut.

"Kita lakukan khidmat masyarakat ini dengan tanggungjawab dan kerjasama semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sebaik mungkin," katanya.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mah Siew Keong dan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan.

Jamal berkata dengan pemasangan Sistem Pengesanan Automatik (AIS) pada kapal pukat tunda zon B diharap dapat mengekang insiden daripada berulang.

Dua nelayan Sekinchan itu bukan yang pertama dibebaskan oleh kerajaan Indonesia kerana sebelum ini, empat nelayan lain dari Pontian, Johor turut dibawa pulang selepas ditahan di negara itu.

Kementerian Luar sebelum ini, mengesahkan tiga bot nelayan Malaysia iaitu SLFA 4625, PKFB 1512 dan KHF 1917, ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Berdasarkan maklumat pihak berkuasa Malaysia dan Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-Peniaga Ikan Sekinchan, tangkapan itu dilakukan di perairan Malaysia serta tidak konsisten dengan persefahaman sedia ada antara kedua-dua negara berhubung isu berkaitan perikanan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.