Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DENDAM SEORANG BEKAS PM KERANA ANAKNYA DIPECAT MB

Dulu Dr M benci Kit Siang sampai sumbat ke penjara
Dr Mahathir
Dari kiri: Dr Mahathir, Lim Kit Siang

KUALA KANGSAR - Masyarakat kini mula memandang serong terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan tindakannya‎ sanggup duduk semeja dengan pemimpin pembangkang.    

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata,‎ banyak perkara yang dilontarkan bekas perdana menteri itu bukan sahaja tidak berasas, malah bertentangan dengan pendirian beliau semasa memerintah.    

"Dulu beliau membenci Penasihat DAP Lim Kit Siang hingga menyumbatnya ke dalam penjara.    

"Kita tidak dapat bayangkan yang kini beliau boleh pula duduk bersebelahan antara satu sama lain," katanya kepada Bernama selepas Program Sukarelawan 1Malaysia dengan memasak bubur lambuk di sini hari ini.    

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang berpandangan jauh, namun kini tindakan beliau bertentangan dengan semua itu. 
   
"Dahulu apa yang beliau katakan diterima pakai, namun kini apa yang dilontarkan beliau banyak bercanggah daripada apa yang beliau lakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri.    

"Beliau sebenarnya marah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terutama apabila anaknya (Datuk Seri Mukhriz) dipecat daripada jawatan Menteri Besar Kedah," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.