Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BESAN YANG HEBAT

Besan Zahid turut main peranan bebas nelayan
Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi

SUNGAI BESAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata besannya Datuk Seri Chairul Anhar turut memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia, semalam.

Katanya beliau telah meminta besannya itu untuk bertemu dengan presiden, naib presiden, menteri yang berkaitan dan ketua hakim Indonesia bagi memastikan pembebasan Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong.

"Saya ingin beritahu bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunus dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar adalah empat orang yang utama yang melaksanakan tugas untuk membebaskan Chua dan Heng.

"Tetapi ada seorang lagi yang hari ini saya terpaksa sebut, jadi saya dengan besar hati menyatakan bahawa besan saya Bapak Chairul Anhar telah membantu kita juga," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat kelulusan pengambilan pekerja asing bagi nelayan bot kelas B di Sekinchan, di sini hari ini.

Chairul seorang ahli perniagaan dari Indonesia merupakan Presiden Indonesian Diaspora Network Chapter Malaysia. Anak perempuannya berkahwin dengan anak lelaki Ahmad Zahid pada September tahun lalu.   

Semalam, Chua, 45 dan Heng, 29 yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu, selamat pulang ke pangkuan keluarga di sini.

Kedua-dua mereka yang berasal dari Bagan Sekinchan di sini ditahan di Tanjung Pinang, Indonesia pada 4 Mac lalu sebelum dibebaskan selepas Presiden Indonesia Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka.

Ahmad Zahid berkata, pembebasan dua nelayan tersebut merupakan janjinya kepada pengundi di Sekinchan yang telah ditepatinya.

Selain itu, katanya kerajaan juga telah bersetuju memberikan surat kelulusan pengambilan pekerja asing bagi bot nelayan kelas B di sini yang juga salah satu komitmen untuk membantu nelayan di sini.

"Jadi esok 18 Jun (hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar) tutup telinga, buka mata, jangan dengar apa lagi pilihlah parti BN," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak  28 orang nelayan menerima surat kelulusan pengambilan pekerja asing tersebut bagi membantu tugas-tugas di atas bot mereka.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyampaikan surat pengesahan kewarganegaraan kepada empat individu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.