Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISHHHH, AMANAH PARTI ISLAM SEBENARPUN MENANG MUDAH KAT S.BESAR NGAN PAS !


Sunnah perjuangan Islam memang getir
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM – “Sunnah perjuangan Islam memang getir dan sukar, tiada jalan mudah dan singkat untuk menang, demikian ujar Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Menurutnya, sudah menjadi lumrah setiap perjuangan Islam pasti akan memerlukan pertolongan ALLAH, jiwa dan fizikal yang kuat serta sikap optimis terhadap masa depan Islam.

“Berapa ramai dari para nabi terdahulu telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-yang taat kepada ALLAH, mereka tidak rasa hina terhadap musibah yang menimpa mereka pada jalan ALLAH dan mereka tidak rasa lemah semangat dan tidak pula tunduk (kepada musuh).

“Dan ALLAH sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar,” katanya yang turut memetik baris Surah Aali Imran dalam kenyataannya, hari ini.

Semalam, Pas ditewaskan calon BN iaitu Datin Mastura Mohd Yazid dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Mastura, 55, memperolehi 12,653 undi menewaskan calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) dan calon bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari (54).

[ARTIKEL BERKAITAN: BN menang PRK Kuala Kangsar]

Manakala di PRK Sungai Besar pula, calon Pas, Dr Abdul Rani Othman hanya sekadar memperoleh 6,902 undi, jauh ketinggalan diatasi BN yang memperoleh 16,800 undi daripada calonnya, Budiman Mohd Zohdi.


Nasrudin dalam pada itu turut menasihati ahli dan jentera Pas agar tidak putus asa dan terus berjuang dalam arena politik tanah air.

“Masa depan Islam sangat cerah dengan pertolongan ALLAH dan kemenangan yang hampir. Teruskan langkah perjuangan dengan mematuhi akhlak dan disiplin berjamaah. Usah ragu dengan hala tuju perjuangan ini dan jangan risau dengan ancaman lawan,” katanya lagi.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Tak payah sibukkah parti nyamuk, cuba nilai PAS yang 60 tahun sudah berbanding parti yang baru 6 bulan? Jika PAS yang sudah 60 tahun hanya memenang 800 undi berbanding parti nyamuk uang baru 6 bulan, bagaimana strategi PAS?

Anonymous said...

ngapa baru nak cakap lagu ni
dulu lain sekarang lain
baru sekarang nak kawin lain

Anonymous said...

gabungan pan dap dn pkr masih tak mampu lawan pas yg sndirian

Anonymous said...

Dap+PKR+PAN=4883(undi cina DAP dah 70%)
Jadi...undi PAN brape %?.
PAS=5684.....rupanya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.