Sunnah perjuangan Islam memang getir
SHAH ALAM – “Sunnah perjuangan Islam memang getir dan sukar, tiada
jalan mudah dan singkat untuk menang, demikian ujar Ketua Penerangan Pas
Pusat, Nasrudin Hassan.
Menurutnya, sudah menjadi lumrah setiap perjuangan Islam pasti akan
memerlukan pertolongan ALLAH, jiwa dan fizikal yang kuat serta sikap
optimis terhadap masa depan Islam.
“Berapa ramai dari para nabi terdahulu telah berperang dengan disertai
oleh ramai orang-yang taat kepada ALLAH, mereka tidak rasa hina terhadap
musibah yang menimpa mereka pada jalan ALLAH dan mereka tidak rasa
lemah semangat dan tidak pula tunduk (kepada musuh).
“Dan ALLAH sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar,” katanya yang
turut memetik baris Surah Aali Imran dalam kenyataannya, hari ini.
Semalam, Pas ditewaskan calon BN iaitu Datin Mastura Mohd Yazid dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Mastura, 55, memperolehi 12,653 undi menewaskan calon Pas, Dr
Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, calon Amanah, Dr Ahmad
Termizi Ramli (4,883) dan calon bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari
(54).
[ARTIKEL BERKAITAN: BN menang PRK Kuala Kangsar]
Manakala di PRK Sungai Besar pula, calon Pas, Dr Abdul Rani Othman
hanya sekadar memperoleh 6,902 undi, jauh ketinggalan diatasi BN yang
memperoleh 16,800 undi daripada calonnya, Budiman Mohd Zohdi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Budiman kekal kemenangan BN di Sungai Besar]
Nasrudin dalam pada itu turut menasihati ahli dan jentera Pas agar
tidak putus asa dan terus berjuang dalam arena politik tanah air.
“Masa depan Islam sangat cerah dengan pertolongan ALLAH dan kemenangan
yang hampir. Teruskan langkah perjuangan dengan mematuhi akhlak dan
disiplin berjamaah. Usah ragu dengan hala tuju perjuangan ini dan jangan
risau dengan ancaman lawan,” katanya lagi.
4 orang berkata:
Tak payah sibukkah parti nyamuk, cuba nilai PAS yang 60 tahun sudah berbanding parti yang baru 6 bulan? Jika PAS yang sudah 60 tahun hanya memenang 800 undi berbanding parti nyamuk uang baru 6 bulan, bagaimana strategi PAS?
ngapa baru nak cakap lagu ni
dulu lain sekarang lain
baru sekarang nak kawin lain
gabungan pan dap dn pkr masih tak mampu lawan pas yg sndirian
Dap+PKR+PAN=4883(undi cina DAP dah 70%)
Jadi...undi PAN brape %?.
PAS=5684.....rupanya
Post a Comment