Husam duduki kerusi bebas dalam Dun hari ini
KOTA BHARU - Kedudukan kerusi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa
hari ini secara rasminya telah diubah dan tidak berada di kerusi Adun
Pas.
Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'cob berkata, perpindahan
tersebut berkuatkuasa hari ini sempena Persidangan Kali Kedua Bagi
Tempoh Penggal Keempat Dun Kelantan hari ini.
"Kita letak Husam di kerusi bebas yang berada sebaris dengan barisan
kerusi pembangkang. Pemakluman mengenai perkara itu dibuat sejak dua
minggu sebelum persidangan bermula.
"Ini sudah menjadi perkara biasa apabila individu itu tidak lagi
menjadi ahli Pas mahupun parti yang memerintah kerajaan," katanya kepada
media di luar dewan sebentar tadi.
Bagaimanapun untuk hari pertama persidangan hari ini Husam tidak hadir.
2 orang berkata:
Biarlah husam tu semoga sempat kembali kepangkal jln.pakatan haprak kata nak umum calon hari rabu.rabu mana pulak lg tu.sekali sama cam najib la.elok la najib cop selasa phaprak cop rabu.sapa nak cop khamis.tak jumpa calon ke berebut nak jd calon.mat min nak kroni dia ke tak nak mat sabut.nasib baik kawasan melayu kot tak dap masuk bertikam sama.apa yg pelik spt kata pakkaramulah calon tak tentu lg pkr ke atau pan tp dap dah ngempen utk pan.apa cerita tu.tikam menikam nampak.teruk la mat min sudah ditikam rafizi ditikam dap pula.
calon pan dah isytihar....ikut telunjuk dap
Post a Comment