PASIR PUTEH - Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad
Zawawi Nik Salleh menegaskan, parti Islam itu merupakan satu-satu parti
yang masih bertahan dan tidak berpecah berbanding parti seusia dengannya
dan parti-parti pembangkang lain.
Beliau berkata, walaupun ada pemimpinnya sebelum ini keluar
meninggalkan Pas, namun ia tidak menjejaskan parti, sambil menyifatkan
mereka ini sebagai pendatang asing yang datang ke Malaysia untuk
sementara waktu.
"Kita perlu sedar bahawa Pas menjadi parti paling tonggak dalam negara
ini. Pas tidak berpecah. Umno berpecah, PKR berpecah, DAP berpecah, MCA
berpecah, satu-satunya parti yang tidak berpecah hari ini ialah Pas.
"Rakan kita yang keluar itu, bagaikan pendatang asing, datang bekerja
di negara ini, ditangkap oleh imigresen, kemudian balik ke negara dia,
itu saja.
"Mereka ini tidak berwala' dengan Pas, mereka ini hanya sekadar duduk
dalam Pas," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar
Tahunan Dewan Ulamak Pas ke-55 di Sweet Beach Resort, di sini, hari ini.
Mengulas isu lain, beliau juga berharap muktamar sayap Pas itu kali ini
membawa makna besar dengan memikul amanah lebih besar untuk menyebarkan
kebangkitan Islam ke seluruh negara.
"Ia bukan sahaja untuk masyarakat Islam, bahkan tugas dan tanggungjawab
kita menyampaikan risalah Islam ini kepada masyarakat bukan Islam dan
masyarakat Islam yang tidak memahami perjuangan Islam.
"Apa yang berlaku ini menjadi hikmah besar kepada perjuangan Islam
dalam negara ini untuk kita mencapai kemenangan dalam pemerintahan
negara yang menyebabkan kita boleh melaksanakan syariat ALLAH," katanya
lagi.
5 orang berkata:
Kenyataan yg x buat homework/jahil sejarah...
Nama parti Islam tapi mulut longkang ngutuk sana sini...malukan ISLAM je.Jangan le berselindung dibelakang nama ISLAM. Tapi akhlak x serupa mana Islam nak...
Kenyataan yg x buat homework/jahil sejarah...
Nama parti Islam tapi mulut longkang ngutuk sana sini...malukan ISLAM je.Jangan le berselindung dibelakang nama ISLAM. Tapi akhlak x serupa mana Islam nak...
Kenyataan yg x buat homework/jahil sejarah...
Nama parti Islam tapi mulut longkang ngutuk sana sini...malukan ISLAM je.Jangan le berselindung dibelakang nama ISLAM. Tapi akhlak x serupa mana Islam nak...
Jangan salah faham.. kutuk mengutuk berlaku pada mana2 parti politik.. sbg peminat politik tak perlu berasa hati dan memendam rasa kerana sepatutnya kita sudah sedia memahami bhw usaha jatuh2 menjatuhkan antara parti yg bermusuhan adalah adat berpolitik.. kalau kita tgk TGHA yg saban hari dikutuk; saya pun tak holeh tahan jika berada di tempat beliau.. tapi itulah politik.. bila bertindakbalas haruslah dgn bijak dan penuh berstrategi bukannya dgn emosi.. Asalkan selagi tidak diselitkan fitnah kpd individu2 tertentu bersama!
Tok janggut mungkin mengenali PAS hanya sbg parti politik.. sedangkn PAS juga sebenarnya adalah sbg badan utk mentarbiah ahli sendiri serta sbg badan dakwah utk menarik manusia kembali kpd jalan Allah..
Jadi kpd sesiapa yg ingin melihat islam tertegak sebenar2nya di bumi Malaysia, ayuh bersama2 PAS utk bergerak ke arah itu!
Unsere ersten Worte sollten an Kunden wärmsten Grüße verschickt werden!in kỷ yếu giá rẻ
in phong bì giá rẻ
Aktien der Gesellschaft in Hong Dang seit 2006,mẫu thẻ nhân viên đẹp
In thẻ VIP giá rẻ nach mehr als 10 Jahren der Entwicklung sind wir stolz,mau ky yeu dep
mau phong bi dep die obere Einheit im Bereich der Gestaltung,báo giá in kẹp file
in giấy khen Druck und Werbung in Hanoi zu sein. Im Laufe der Jahre hat sich unser Unternehmen steigen ständig bemüht,in bao li xi
in thiep chuc mung nam moi
in catalogue viele Schwierigkeiten aus dem harten Wettbewerb des Marktes zu überwinden, der Anstieg der Inputpreise für Rohstoffe, .... den Preis und Qualität der Ware erhalten. Die Produkte in immer besser, professioneller. Das ist im Design, Druckvorstufe, Druck und Verarbeitung von Fertigprodukten
Post a Comment