Mufti gesa masyarakat bukan Islam fahami RUU
KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menggesa
masyarakat bukan Islam memahami kandungan pembentangan Rang
Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 sebelum membuat
kritikan.
Menurutnya, pembentangan itu tiada kaitan langsung dengan perlaksanaan
hudud sebaliknya ia lebih kepada pemerkasaan undang-undang syariah
khususnya hukum takzir.
"Saya nasihatkan masyarakat bukan Islam kaji RUU ini, dari sudut Islam,
sepatutnya ia sudah lama dibuat bagi meningkatkan keperluan
undang-undang Islam,"katanya ketika ditemui selepas sidang Dun, hari
ini.
Beliau berkata, RUU sudah menjadi polimik politik pihak-pihak tertentu sehingga menjadi bahan perdebatan.
Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata,
isu tersebut telah disalah tafsir lebih-lebih mereka yang anti hudud.
"Mereka (orang bukan Islam) takut seolah-oleh hudud makin dekat, ini
sikap anti hudud, RUU ini tiada kaitan dengan hudud,"katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment