Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

mahfuz macam bertenggek diatas tunggul, kenyataannya tidak berfaedah pada parti

MAHFUZ CUBA NAK SELINDUNG KEJAHATAN AMANAH DAN DAP, ITULAH SIKAP SEBENAR HARUM MANIS, DILUAR PAS DIDALAM AMANAH. KATA MAHFUZ PAS GODAM AMANAH, UMNO JUGA HENTAM AMANAH, MACAM DUA PUKUL SATU. PAS PUKUL AMANAH SEBAB MEREKA MENGKHIANATI PAS, AMANAH ADIK BERADIK DAP YANG HENTAM PAS DAN MENGHALANG ISLAM YANG DIBAWA OLEH DASAR PAS,  KERANA ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS MAKA DAP BERJAYA PISAHKAN ANTARA PEJUANG ISLAM DENGAN PEJUANG SEKULAR ATAU ISLAM KABUR, MAKA KETAWALAH MAHFUZ, YANG NI MAHFUZ TAK SENTUH, dia hanya DIA HANYA SEBUT MACAM WRESTLING,  MAKA SAHLAH DIA HARUM MANIS - Pak Karamu
 
 
PRK seperti gelanggang ‘wrestling’, kata Mahfuz
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.

Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.

“Bagi saya pertandingan seperti ini tak ubah macam pertandingan gusti (wrestling) di mana tiga pihak sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang. Lalu dua pihak akan cari jalan untuk lemahkan yang satu pihak lagi.

“Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang baru dua pihak lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan,kehandalan dan kebijaksanaan menipu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Menurutnya lagi, tentangan daripada Pas dan BN juga seolah-olah menunjukkan Amanah parti yang digeruni oleh kedua-duanya.

“Nampaknya parti saya Pas macam sudah isytihar yang parti Amanah sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pula akan menyerang BN seperti yang dinyatakan oleh pimpinan Pas sebelum ini.

“Begitu juga BN, mengisytihar Amanah musuh mereka dan tidak Pas. Sesekali dilihat dari serangan BN dan Pas nampak macam Amanah begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh Pas dan BN. Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.