Pengundi bukan Islam tidak perlu takut undi Pas
SUNGAI BESAR - Pengundi bukan Islam diingatkan supaya tidak perlu rasa
takut untuk memangkah 'bulan' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Sungai Besar, 18 Jun ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil berseloroh berkata,
bulan yang berlambang bulat tidak boleh dipusing-pusing sepertimana
dacing.
"Bulan lambang yang suci sebab ia berbentuk bulat..tak berubah kalau nak pusing pun tak boleh sebab bulat.
"Orang Cina patutnya biasa dengan bulan sebab mereka juga makan kuih
bulan setiap kali perayaan. Bulan juga menunjukkan bilangan hari,"
katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan di Dewan Bagan Sungai
Besar, di sini, petang tadi.
Beliau berkata, Pas akan menunaikan janji sepertimana bulan yang mengelilingi bumi mengikut paksinya.
"Calon Pas (PRK Parlimen Sungai Besar), Dr Abdul Rani Osman seorang
yang mesra pengundi sama ada Melayu, Cina dan India termasuklah Jawa dan
Banjar. Inilah calon terbaik yang perlu disokong semua pengundi,"
katanya.
Sementara itu, kira-kira 300 kaum Cina dan India di Parlimen itu hadir pada majlis berkenaan.
0 orang berkata:
Post a Comment