Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

nuklear k. utara

Tambah senjata nuklear
Tambah senjata nuklear
Aktivis Korea Selatan mengadakan bantahan terhadap program nuklear Pyongyang. - Foto AFP

SEOUL - KOREA UTARA. Kerajaan Korea Utara didakwa telah menghasilkan tambahan enam atau lebih senjata nuklear dalam tempoh 18 bulan lalu, dan menjadikan anggaran senjata mereka setakat ini kepada lebih 21 buah.

Institut Sains dan Keselamatan Negara (ISIS) membuat anggaran berdasarkan jangkaan ke atas jumlah gred senjata plutonium dan uranium yang dipercayai dihasilkan di kompleks nuklear Yongbyon.

"Bagaimanapun, jumlah 21 senjata nuklear itu tidak menyeluruh kerana Korea Utara dilihat berupaya meningkatkan keupayaan senjata nuklearnya," menurut ISIS.

Laporan tersebut dikeluarkan selepas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano mengeluarkan kenyataan bahawa Pyongyang mungkin telah mengaktifkan semula sebuah kilang di Yongbyon untuk memproses semula plutonium bagi digunakan dalam senjata nuklear.

Kenyataan Amano minggu lalu memetik imej satelit yang diperoleh, di mana mereka mengesan aktiviti berkaitan dengan reaktor lima megawatt, pengembangan kemudahan, dan aktiviti berkaitan dengan pemprosesan semula plutonium. - AFP

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.