Pas tak berniat tipu bukan Islam
PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui
partinya tidak pernah berniat untuk berahsia atau menipu golongan bukan
Islam dalam melaksanakan hukum hudud di negara kita, lapor Sin Chew Jit
Poh.
Kata Hadi, Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa Pas adalah hak umat Islam dan ia bukan hak bukan Islam.
“DAP tidak setuju RUU ini dibentangkan kerana ia bukan hak DAP,” kata
presiden Pas ini ketika berceramah di Kuala Kangsar, kelmarin.
Beliau menjelaskan demikian bagi menjawab dakwaan oleh ahli-ahli Pas
sendiri bahawa partinya tidak akan disokong oleh kaum Cina kerana
membentangkan RUU persendirian di Parlimen tidak berapa lama dulu.
“Ada ahli-ahli Pas yang setuju dengan pendapat DAP yang membantah RUU
persendirian itu. Akhirnya mereka ini meninggalkan Pas dan menubuhkan
Amanah. Pas membiarkan mereka pergi,” katanya.
Kata Abdul Hadi lagi, DAP sebenarnya takut sekiranya hukum hudud
dilaksanakan di negara kita, para penyokongnya yang terdiri daripada
bukan Islam akan tukar agama untuk menganut agama Islam.
Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi menyeru pengundi di Kuala Kangsar
supaya memberi sokongan kepada calon Pas, Dr Najihatussaalehah Ahmad di
samping akan terus membantah pelbagai isu membabitkan kepentingan
seperti 1MDB dan rasuah.
Menurut Presiden Pas ini, Pas membantah dasar yang boleh merugikan
rakyat, sebaliknya dasar yang baik seperti membantu golongan miskin
tetap akan disokong.
Beliau turut menyindir Amanah yang bekerjasama dengan DAP sentiasa
membantah apa juga dasar yang dilaksanakan kerajaan sama ada baik atau
tidak.
Sementara itu, MCA mencabar DAP mengakui apakah benar parti pembangkang itu telah memperkuatkan Pas dalam PRU lalu.
Pengerusi Biro Undang-Undang Syariah dan Unit Khas Pelaksanaan Polisi
MCA, Gan Ping Sieu dalam satu kenyataannya berkata, beliau berharap Ahli
Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dapat menerima cabarannya untuk
berdebat mengenai isu berkenaan.
Kata Gan, Liew cuba menafikan kenyataan kononnya dalam PRU lalu, Pas
telah semakin lemah setelah kehilangan dua kerusi parlimen, iaitu
daripada 23 berkurangan kepada 21 kerusi.
“DAP sebenarnya telah membantu Pas mengembangkan kekuatannya. Walaupun
Pas telah hilang dua kerusi Parlimen, namun dalam kerusi Dun, Pas telah
menambahkan jumlah kerusinya, iaitu sebanyak empat.
“Apa yang lebih penting lagi ialah Pas telah berjaya meluaskan
pengaruhnya yang sebelum ini hanya bertapak di sebelah Pantai Timur
sahaja. Pas telah menambahkan satu kerusi Dun masing-masing di Pahang
dan Melaka.
“Manakala di Johor, Pas telah berjaya menambahkan dua kerusi Dun dan
tujuh kerusi Dun di Selangor sehingga menyebabkan Pas menjadi sebuah
parti yang meliputi di seluruh negara,” kata Gan.
Kata Gan lagi, dalam PRU lalu, Pas kehilangan undi Melayu di beberapa
buah negeri namun parti itu memperolehi undi yang banyak daripada
pengundi Cina.
Tegas Gan lagi, bukan Islam tidak menunjukkan sifat syak wasangka
terhadap Pas kerana pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini memberi jaminan
bahawa Pas telah pun tidak berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud di
negara kita.
“Jelas sekali, DAP ketika itulah yang tidak cuba menghalang Pas
sebaliknya membantu parti itu untuk melaksanakan undang-undang Islam
itu,” katanya.
4 orang berkata:
jangan asal mengkafirkan orang
ruu bikinan manusia,tak patut jadikan alasan orang jadi kafir karena menentangnya
memg tak jadi kafir pada yang dah sedia kafir.hanya org kafir yang tidak percaya jaji allah.
Kearah pembentukan ISLAMIC STATE (IS) ASIA TENGGARA
Syukur
Post a Comment