RAKYAT TAK TAHU SEMUA NIH, YANG RAKYAT TAHU, BRIM,BONUS PEMBANGUNAN PANAS, MASALAH YANG MEREKA HADAPI LEBIH BESAR TAK DE DALAM AKAL/OTAK,EREK-PakKaramu
Mana lagi kerajaan nak korek bayar hutang 1MDB?
SHAH ALAM – “Dari mana duit bakal dikorek Kementerian Kewangan untuk
membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya
International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya tuntut RM26.5
bilion?”
Demikian persoalan terbaharu dibangkitkan Pas kepada kerajaan berhubung
laporan terkini mengenai 1MDB melibatkan tuntutan IPIC dan Aabar
Investments PJS dari Abu Dhabi yang mengemukakan Permintaan Timbang Tara
(RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 1MDB hanya
mempunyai lebihan tunai sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua
hutang.
“Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan
cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan
pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Memetik laporan Bernama, Permintaan Timbang Tara (RFA) itu melibatkan
kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) untuk
melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat
(BTS)dan tuntutan itu bernilai kira-kira RM26.5 bilion.
Dalam pada itu, Pas menyeru pengundi di kedua-dua Pilihan Raya Kecil
(PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menghantar
isyarat yang jelas dengan menolak Umno-BN secara total dengan mengundi
parti Islam itu.
“Pas yang menjadi musuh politik tradisi Umno di seratus lebih kerusi Dun dan Parlimen di Semenanjung untuk berdekad lamanya.
“Pertembungan Pas dan Umno sudah turun-temurun. Sejarah tumbangnya
kerajaan pilihan rakyat di Perak bukan hasil pengkhianatan Adun Pas,”
katanya.
1 orang berkata:
cheap jordans
michael kors handbags
adidas nmd
patriots jersey
クロムハーツ
hogan outlet online
jordan retro
jordan shoes on sale
adidas stan smith men
nike air force
achang
Post a Comment