Pegawai Khas Rosmah Hadir Ke Sidang Media Rafizi Namun Dihalang Masuk - Kenapa Rafizi Takut?
1. PH akan melancarkan satu replika jet mewah Rosmah di PRK Kuala Kangsar pada esok hari.
2.
Bersempena dengan pelancaran replika tersebut, satu sesi ceramah khas
juga akan diadakan di kawasan yang sama bagi memberikan lebih penerangan
lanjut berkaitan penggunaan jet mewah oleh Rosmah Mansur.
3.
Sidang media turut akan diadakan oleh Rafizi Ramli pada esok dan lusa
bagi menyalurkan lebih banyak maklumat berkaitan penggunaan jet mewah
oleh Rosmah Mansur.
4. Rafizi juga turut mempersoalkan spekulasi campurtangan Rosmah dalam urusan UMNO dalam menentukan calon BN di Kuala Kangsar.
5. Rosmah dikatakan dipercayai ada kaitan dengan pemilihan Mastura disebabkan mereka sama-sama membesar di N9.
6. Disebabkan keadaan itu, calon BN Mastura Mohd Yazid gagal mendapat sokongan padu dari akar umbi UMNO Kuala Kangsar.
7.
Rafizi turut mendesak agar Mastura menyatakan pendirian tentang
kontroversi yang membabitkan Rosmah. Mastura dituntut agar membuat
pendirian kerana andai terpilih dia akan menjadi wakil rakyat dan
seterusnya akan berdepan dengan usul PH mengenai perkara itu. Mastura
perlu membuat satu pendirian supaya berlaku lebih adil terhadap
bakal-bakal pengundi di PRK Kuala Kangsar dalam melakukan penilaian.
Sidang
media Rafizi ini turut mendapat perhatian kerana Rizal Mansor, pegawai
khas kepada Rosmah Mansor telah datang dari jauh semata-mata mahu
menghadiri sidang media Rafizi yang dikatakan sekali lagi akan
mendedahkan kontroversi berkaitan Rosmah Mansor.
Walaubagaimanapun Rizal Mansor telah dihalang dari memasuki sidang media tersebut sejurus ia bermula.
Menurut
Rizal Mansor kehadirannya ke sidang media tersebut adalah kerana mahu
mendengar dengan telinganya sendiri apa yang ingin didedahkan Rafizi
berbanding sebelum2 ini hanya membaca menerusi laporan media.
Dia
juga mahu mencatit nota persoalan-persoalan yang bakal ditimbulkan
Rafizi bagi memudahkan dia menjawab persoalan-persoalan itu kelak.
Kehadirannya tidak membawa maksud yang jahat atau berniat tidak baik
namun dia kemudiannya dihalang dari memasuki sidang media tersebut.
Pegawai khas Rosmah turut menjelaskan bahawa dia sendiri tidak pasti
kenapa dia tidak dibenarkan hadir ke sesi sidang media tersebut.
Dalam
pada itu, Rizal Mansor turut menasihatkan Rafizi bahawa jangan hanya
berani di hadapan microfon semata-mata. Tindakan yang dilakukan oleh PKR
terhadapnya sebenarnya tidak melambangkan keterbukaan media seperti
yang sering dilaung2kan dan diperjuangkan oleh pembangkang.
Rizal
Mansor juga bersedia andaikata Rafizi Ramli mahu bertemunya secara
peribadi dan menjawab semua persoalan berbangkit. Pejabatnya sedia
mendedahkan semua perkara melainkan jika isu-isu tersebut tertakluk di
bawah OSA.
1 orang berkata:
Ya pak karamu unta sila teruskan bela rosmah. Jangan tak bela, nanti rasul hadi marah, tak masuk sorga kang.
Sila jilat kuat2 ya karamu ulama unta.
Post a Comment