SELAMA NI KITA INGAT RAFIZI HEBAT, RUPANYA DIA PENAKUT, SAMA PENAKUTNYA TERHADAP ORANG YANG TAK BERANI MENYAMANNYA KERANA MEMBUAT FITNAH, TELO TAK DE - Pak Karamu
Sidang media Rafizi kecoh
KUALA KANGSAR - Sidang media Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Ibu
Pejabat Amanah Kuala Kangsar, hari ini kecoh apabila Pegawai Khas Isteri
Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dihalang daripada menghadiri majlis
tersebut.
Kekecohan yang berlaku kira-kira 15 minit itu bermula apabila beberapa
petugas Amanah menghalang Rizal memasuki tempat sidang akhbar atas
alasan beliau tidak mendapat sebarang undangan daripada parti itu.
Rizal ketika ditemui pemberita berkata, tindakan Rafizi itu sama sekali
berbeza dengan personalitinya yang dikatakan berfikiran terbuka dan
tidak menyekat hak kebebasan bersuara.
"Kebebasan media dan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh
Rafizi hanya pembohongan dan retorik semata-mata. Terbukti dia tidak
menerima kehadiran saya," katanya.
Menurut beliau, tujuan kedatangannya adalah untuk mendengar sendiri
penjelasan Rafizi berhubung isu jet peribadi yang dikaitkan dengan
Rosmah.
"Saya datang sendiri ke sini nak dengar apa yang dia cakap supaya saya
boleh ambil nota, dan saya boleh sediakan jawapan yang sepatutnya bagi
menjawab segala tuduhan," katanya.
Beliau berkata, laporan polis berkemungkinan dibuat dan ia berdasarkan laporan yang diperolehi daripada pihak media.
"Akan tengok untuk buat laporan bergantung pada laporan media yang boleh melaporkan berita sepenuhnya," katanya.
Ditanya sama ada menghadiri Pentas Perdana Pakatan Harapan Amanah yang
turut dihadiri Rafizi selaku penceramah, katanya, ia bergantung atas
jemputan Rafizi.
"InsyaALLAH, kalau dijemput saya akan hadir dan duduk di bahagian paling hadapan," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment