June 4, 2016
42 BN Dan PAS Diarah Turun Bendera Di Sungai Besar, Bagaimana Dengan PAN?
Majlis Daerah Sabak Bernam bertindak pilih kasih apabila mengeluarkan
arahan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan PAS untuk
menurunkan bendera parti yang kononnya dipasang tanpa permit di sekitar
Parlimen Sungai Besar.
Kenapa arahan yang sama tidak dikenakan ke atas parti PAN? Apakah
disebabkan PAN mewakili Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Selangor,
maka Majlis Daerah boleh tutup sebelah mata? Lebih menyakitkan hati
tiada tindakan atau notis diberikan ke atas parti DAP walaupun bendera
parti itu bebas dipasang di kawasan yang sama dan parti itu tidak
bertand8ng di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Sudah sampai masanya Kerajaan BN di negeri lain menurunkan semua papan
tanda, banner dan bendera parti pembangkang di semua negeri yang
diperintah oleh BN. Tidak perlu takut kerana 'precedent'nya sudah ada di
Sungai Besar.
Beginilah corak pemerintahan pembangkang jika mereka mengambil alih
tampuk pemerintahan negara. Semasa PRK di Sungai Besar pun pembangkang
suruh turunkan, yang pembangkang pasang sepanjang tahun tu bendera
parti, apa cerita?
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/06/bn-dan-pas-diarah-turun-bendera-di.html#WKlylCXC6qJEbUEF.99
0 orang berkata:
Post a Comment