Tunggu keputusan PKR pilih Pas atau Amanah
KOTA BHARU – Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PKR
akan memilih parti itu mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) untuk
membantu gerak kerja PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya
bagaimanapun tidak memaksa rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) itu
untuk membantu mereka di kedua-dua kawasan PRK tersebut.
“Itu hal dia (PKR), dia nak tolong siapa, terserah pada dia. Kita pun
nak tengok juga dia nak tolong siapa (Amanah atau Pas). Nak paksa tidak
boleh, terserahlah nak pilih siapa pun,” katanya kepada media kelmarin.
Terdahulu, beliau hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah 43
unit Rumah Teres 2 Tingkat (Fasa 9) dan Pelancaran Jualan 26 Unit Rumah
Kedai 2 Tingkat Fasa 11 di Taman Kurnia Jaya, Padang Golf, Pengkalan
Chepa di sini.
Turut hadir exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat, Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan
Ismail dan Pengerusi Pofil Impian Sdn Bhd, Mohamad Afandi Mohamad.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah pembentangan usul Rang
Undang-Undang Persendirian meminda Akta 355 baru-baru ini akan memberi
kesan kepada undian masyarakat bukan Islam PRK nanti, Timbalan Menteri
Besar itu berkata, isu tersebut hanya melibatkan orang Islam sahaja.
“Tidak ada kesan, sebab ia hanya melibatkan orang Islam sahaja, orang
bukan Islam tidak perlu takut dalam hal ini. Pemahaman ini yang perlu
dijelaskan,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, mengulas mengenai pelancaran
rumah yang diadakan semalam, Mohamad Afandi ketika ditemui berkata,
sehingga kini, sebanyak 1,047 unit rumah telah dibina dengan hasil
jualan lebih RM128 juta.
“Untuk hari ini (kelmarin) kita serahkan 43 kunci dan kita lancarkan
terus untuk pembinaan rumah kedai di atas tanah berkeluasan 89.9 ekar di
sini. Selepas ini kita akan bina di tempat lain pula iaitu di laluan
Lebuh raya Tunjong-Salor yang mana konsepnya bertemakan air,” katanya.
3 orang berkata:
Pkr mesti la sokong pan mereka kan pakatan haprak.jika pan tak bertandingpun mesti pkr bertanding jd tak ada bezanyapun.kita buat kerja kita saja la.berunding mana yg patut.
Perkembangan terkini menunjukkan PKR menyokong calon Pakatan Harapan di Sg Besar dan Kuala Kangsar.. jadi saya rasa PAS tak perlu berfikir panjang lagi..
Pd PRU 14 nanti kita bertanding di kerusi PKR yg pernah dipinjamkan dulu dan juga di mana2 kerusi DAP yg punyai pengundi Melayu melebihi 5 atau 10 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi.. strategi ini cuma sekadar ingin memberi peluang kpd mereka iaitu pengundi Melayu utk keluar mengundi PAS sekiranya mereka tidak mahu mengundi parti MCA/Gerakan mahupun DAP!..
Selamat mengkaji kembali hubungan dgn PKR!
Tak payah kaji. Batal terus!! EXCO PASt Selangor tu pun patut letak jawatang termasuk Ding Ayang@Din Ayam kat PERANGSANG tuuu... Itu pun kalau berani la. Kalau berkokok ja kuat... ekor penuh taik... ptuihhhh..
Post a Comment