Tunggu Najib umum siapa MO1
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu
tampil menyatakan identiti Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam
laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu perlu
bagi mengelak tanggapan Najib tidak seberani Menterinya, Datuk Abdul
Rahman Dahlan.
“Selagi Najib tidak membuat penjelasan siapa MO1, ini akan menunjukkan ada menteri yang takut hendak menyatakan siapa MO1 itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rahman Dahlan perjelas kenyataannya dalam BBC]
“Walaupun ada menteri yang terkeluar cakap dan menyatakan MO1 itu ialah
Perdana Menteri. Ini akan mempamerkan kabinet tidak sehaluan,” katanya
dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Abdul Rahman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri dilaporkan agensi berita antarabangsa, BBC News mengesahkan MO1
yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan
penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.
Menurut Mahfuz lagi, Kabinet dan Peguam Negara perlu sepakat dalam
menyokong atau menolak kenyataan Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis
Tertinggi Umno.
Dalam pada itu, Mahfuz berkata, beliau yakin Najib akan bersetuju di
mana rakyat ingin melihat Perdana Menteri yang berani dan
bertanggungjawab.
“Berani bertanggungjawab adalah ciri pahlawan Bugis yang pernah kita
baca. Kita tak mahu rakyat melihat Najib seperti yang selalu dilihat
orang di Bugis Street.
“Oleh itu, Najib perlu menampilkan watak kepahlawanan Bugisnya menyatakan siapa MO1,” katanya.
2 orang berkata:
Mahfuz ni keluar kenyataan lain macam aje. Tak takut ker dia kalu hadi marah nanti.
Biarlah dia sorang2.. Kita saja nk jadikan contoh kpd bekas pimpinan lain kalau tak ikut dasar parti beginilah jadinya.. Meroyan sorang2 seolah TITM tak pernah bersuara dlm kes 1MDB ni..
Post a Comment