Ahli politik jangan mencabar, kena jaga lidah!
SHAH ALAM – Tidak perlu bagi ahli politik untuk cabar-mencabar ketika
memberi kenyataan atau berucap dalam sesuatu majlis, demikian pandangan
dilontarkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.
Menurutnya, pemimpin politik yang matang sepatutnya menjaga lidah
masing-masing bagi mengelakkan timbulnya permasalahan dalam arena
politik masing-masing.
“Setiap pemimpin janganlah cabar-mencabar. Jaga lidah masing-masing
dalam politik. Lebih baik bersederhana dalam setiap program.
“Bila ada yang mengeluarkan kenyataan mencabar ahli parti keluar
daripada parti, itulah yang sampai ada yang keluar parti dan mahu tarik
rakan-rakan lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Md Shukri diminta mengulas berhubung tindakan bekas Naib Ketua Umno
Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar yang mengisytiharkan keluar
Umno kerana dicabar untuk berbuat demikian.
Menerusi satu kenyataan, Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras
dengan cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz yang mahu beliau keluar daripada parti keramat Melayu itu
pada bulan Mei lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tinggalkan Umno kerana Nazri halau saya']
Justeru menurut Md Shukri, perbuatan cabar-mencabar ini pada akhirnya
hanya akan merugikan parti yang dinaungi oleh pemimpin politik tersebut.
Ujarnya lagi, sebagai pemimpin politik berjiwa besar, ahli politik
sepatutnya mengkaji terlebih dahulu impak dan kesan sebelum menyampaikan
sesuatu kenyataan.
“Kaji setiap komen dan kenyataan dulu sebelum dikeluarkan.Biarlah
sepatutnya (ahli politik di negara ini )berjuang secara adil dalam arena
politik,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Umngo cabar ahli keluar parti.
Pah halau ahli keluar parti.
Eh macam ada pesamaan la...
Byk sgt makan dedak kot....
Post a Comment