Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAHASA POLITIK PALING BODOH DALAM DUNIA ADA DI KELANTAN


Wan Rahim dedah 10 Adun 'sertai' Husam
Husam Musa
Husam Musa

SHAH ALAM -  Pengerusi Parti Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, yang sebelum ini mendakwa 10 wakil rakyat Kelantan akan turut bersama Adun Salor Datuk Husam Musa menyertai parti Amanah mendedahkan perihal itu dalam satu ceramahnya baru-baru ini.

Dedahnya, 10 wakil rakyat Kelantan yang di maksudkannya  ialah Husam kali sepuluh, (iaitu bermaksud seorang Husam mewakili sepuluh orang wakil rakyat).

“Ambo (saya) merasakan tidak ada cara lain maka ambo mendesak dan mencabar Pas supaya pecat Husam. Ambo mencabar Pas dan ambo menyatakan dalam cabaran ambo, kalau pecat Husam, ambo bawa 10 wakil rakyat bersama dengan dia. Dari sudut politik, ini adalah cabaran. Oleh kerana kalau kita tak buat begitu, dia takse nak lepas Husam.

“Baik. Jadi mana hok kata 10 orang?

“Malam ni ambo nak buka satu rahsia bahawa 10 orang hok hadir bersama Datuk Husam tu adalah Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam, Datuk Husam.Hei, Datuk Husam ni 10 orang wakil rakyat naik baru sama dengan dia seorang. Ni lah 10 nya," katanya petik sebuah rakaman video ucapannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Siapa 10 YB sokong Husam?]

Mengulas lanjut, Wan Rahim berkata, sekiranya sesiapa yang tidak percaya dengan kata-katanya ini, maka mereka boleh saksikan sendiri pada siri Dewan Undangan Negeri Kelantan nanti.

“Kalau adik kakak tak percaya, nanti tengok Sidang Dun Kelantan, bulan 10, bulan 11 ni, Datuk Husam akan bangun seorang sebagai Adun Amanah Negeri Kelantan.

"Seorang dia tu, cuba banding dengan 12 orang Adun Umno  pembangkang yang ada dalam dewan. Cuba banding dengan 10 orang lagi wakil rakyat penyokong kerajaan. Jadi, bakpo nak faham payahnya? Hat ni lah 10 orangnya, sebab dia seorang tu serupo dengan 10 orang orang lain. Selesai!"

Ketika ini Pas Kelantan memerintah dengan 32 kerusi, satu PKR manakala Umno 12 dan satu daripada Husam.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Syukur langkah baru bagi rakyat Kelantan.
Lebih progresif dan dinamik.

Anonymous said...

Rasanya pru 14 ni pas akan tumbang. Penggantinya mungkin umno atau ph.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.