Persatuan Hokkien terus kumpul tandatangan
PERSEKUTUAN Persatuan Hokkien Malaysia akan terus
mengumpulkan tandatangan membantah hukum hudud walaupun Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir memberi penerangan mengenainya,
Ahad lalu.
Presiden persatuan tersebut, Tan Sri Khoo Chai Kaa berkata, pihaknya
mempunyai tanggungjawab terus mengumpulkan tandatangan sehingga mencapai
matlamat iaitu sebanyak satu juta tandatangan untuk diserahkan kepada
ahli-ahli Parlimen bulan hadapan.
“Sehingga hari ini, pihak persatuan kami telah berjaya kumpul 700,000
tandatangan. Kami harap sasaran satu juta tandatangan dapat tercapai
pada bulan hadapan.
"Sebab itulah kami tidak serahkan memorandum ini kepada Abdul Hadi
kerana kempen ini masih berjalan,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh.
Beliau berkata, selepas sesi penerangan Ahad lalu, persatuan sedia mengadakan sesi seperti itu buat kali kedua sekiranya perlu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia]
“Apa yang penting ketika ini ialah saya harap akan ada lebih banyak
persatuan Cina seluruh negara untuk menyokong usaha yang kami lakukan
ini.
"Biarlah lebih banyak persatuan Cina tampil dan menyuarakan pandangan mereka,” katanya.
Chai Kaa turut menjelaskan, walaupun sesi penerangan Ahad lalu tidak
diadakan perbincangan antara dua pihak, sekurang-kurangnya pertemuan itu
membolehkan luahan daripada masyarakat Cina telah didengari oleh
pemimpin-pemimpin Pas.
1 orang berkata:
yg tau baru tau perkara ni ialah kaum2 yg taksub politik je hehe...org paling dungu pun kenal lah..ko je x kenal..
dah ulang2 kali jual agama demi poilitik sampai perkara yg org paling dungu boleh kenal pun ko baru je nak dapat kenal hehe..itu pun entah2 esok lusa baik2 balik..haha..
bukan kita x kenal ko pun..
Post a Comment