Peluang Amanah menang di Kelantan tipis
KOTA BHARU - Peluang parti Amanah untuk mencapai kemenangan di Kelantan
dalam PRU14 sangat tipis berdasarkan kepada perkembangan semasa dalam
parti itu.
Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Dr Mohd Fauzi
Shaffie berkata, cara berpolitik Datuk Husam Musa dan Datuk Wan Rahim
Abdullah juga sudah lapuk dan tidak diterima pengundi.
"Awal 80-an hingga awal 90-an dulu saya pernah aktif dalam Pas dan
cukup masak dengan cara berpolitik Husam dan Wan Rahim, khususnya di
Kelantan, nampaknya cara dan pendekatan mereka masih sama sedangkan
zaman telah berubah.
"Politik cuba memperbodohkan rakyat seperti menyatakan 10 wakil rakyat
Pas akan menyertai Amanah tetapi kemudiannya menyatakan yang dimaksudkan
ialah nilai seorang wakil rakyat Amanah sama dengan nilai 10 wakil
rakyat Pas, sudah lapuk.
"Begitu juga politik mewarwarkan kononnya ramai pemimpin dan ahli Pas
akan menyertai Amanah sedangkan hakikatnya jumlah yang berbuat demikian
tidak seperti digambarkan juga tidak akan membawa Amanah ke mana,”
katanya kepada Sinar Harian.
Fauzi berkata mengulas mengenai Majlis Perisytiharan bekas ahli Pas
yang menyertai Amanah membabitkan Husam dan Wan Rahim di Salor,
baru-baru ini.
Menurutnya, amat pelik apabila pemimpin Amanah mengumumkan kononnya
nama-nama tertentu sudah menyertai Amanah sedangkan tuan punya badan
sendiri tidak kelihatan dalam majlis tersebut.
Begitu juga dengan bangunan tertentu yang diberikan nama Wisma Tok Guru
yang memberi gambaran pemimpin Amanah tiada kekuatan sendiri dan
terpaksa meminjam nama Tok Guru untuk bernyawa.
“Semua ini memberi gambaran bahawa Amanah hanya indah khabar dari rupa
dan tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk membolehkan ia menang
di Kelantan dalam PRU14.
“Barisan kepimpinan Amanah Kelantan juga bermasalah, tidak hairanlah
jika jumlah ahlinya terlalu sedikit bagi sebuah parti politik yang
berhajat memenangi pilihan raya walau telah setahun Amanah ditubuhkan.
"Husam dan Wan Rahim adalah pemimpin yang diseliputi kontroversi,
mereka mempunyai agenda peribadi tertentu maka pemimpin lain yang tidak
selari dengan mereka tentu saja akan diketepikan,” katanya.
Menurutnya, bagaimana sebuah parti baru boleh mendapat kepercayaan
rakyat jika awal-awal lagi telah berlaku krisis kepimpinan, tambahan
pula dengan kewujudan pemimpin tertentu yang dipercayai penganut fahaman
Syiah.
“Ia menyebabkan makin sukar untuk Amanah diterima rakyat Kelantan yang berpegang kuat kepada ajaran agama.
"Sebab itu kita berharap pemimpin Amanah akan kembali mengikuti jalur
Islam sebenar dan tidak membiarkan diri dipergunakan oleh golongan yang
tidak menerima Islam seperti DAP,” katanya.
2 orang berkata:
Cakaplah bro. Pas kacau undi di Kelantan dgn strategi 3 penjuru dan keputusan bn/umno menang. Kemenangan bn/umno adalah kemenangan pas. Paa itu umno dan umno itu pas.
Oohh lupa PIGS
sejak bila pulak dap ada di kelantan....amanah akan lawan pigs dan umngok di kelantan..
Post a Comment