Cina Muslim jadi target militan Daesh
SHAH ALAM – Militan Daesh kini dikesan cuba merekrut Cina Muslim di rantau ini untuk menyertai kumpulan berkenaan.
Memetik laporan akhbar Oriental Daily kelmarin, Pegawai Bahagian
Kajian dan Strategik Cawangan Khas PDRM Bukit Aman, Deputi
Superintendan Tan Kok Tiang berkata, perkara berkenaan terbongkar
selepas polis menemui laman web serta laman sosial milik kumpulan
pengganas berkenaan yang turut memaparkan lagu dalam bahasa Mandarin.
Beliau berkata, kumpulan berkenaan dikenal pasti cuba mempengaruhi
orang ramai menjadi anggota baharu menerusi propaganda yang
disampaikan menerusi laman web berkenaan,
““Agak ramai suspek anggota militan Daesh ini berasal dari Johor. Ini
membuktikan Johor telah menjadi lokasi persembunyian dan Segamat adalah
salah satu daripadanya .
“Sebab itu polis ambil keputusan untuk mengadakan seminar melalui
persatuan daerah di Johor untuk menerangkan keadaan semasa ketika,”
katanya pada Seminar Anti Keganasan, anjuran bersama Persatuan
Perniagaan Cina Segamat, persatuan ketua-ketua kampung Cina Segamat dan
Balai Polis Segamat, kelmarin.
Kok Tiang berkata, pihaknya menyeru kepada kaum Cina agar tidak mudah
terpengaruh dengan dakyah yang cuba dibawa oleh militan Daesh
berkenaan.
“Setakat ini di China seramai 800 Cina Muslim etnik Uyghur di Wilayah
XinJiang dikesan terlibat dalam kegiatan militan Daesh,” katanya
Sementara itu, sumber polis mengesahkan militan Daesh cuba menyusup
masuk ke negara ini melalui negeri-negeri yang mempunyai pintu masuk
antarabangsa.
“Mereka bukan setakat mahu mempengaruhi kaum Cina malahan terdapat
pelbagai bahasa digunakan untuk menarik minat kaum dan bangsa lain yang
ada di rantau ini menyertai kumpulan berkenaan," katanya.
Sebelum ini empat lelaki termasuk seorang warga tempatan yang terlibat
Daesh ditahan polis Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman
dalam beberapa siri tangkapan sejak 2 Ogos hingga 17 September lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata,
kesemua mereka berusia lingkungan 26 hingga 38 tahun itu ditahan di
sekitar ibu negara, Selangor dan Pahang.
“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia
37 tahun disusuli seorang lelaki warga Nepal dan warga Maghribi,"
katanya.
Khalid, juga dilapor berkata, polis juga menahan seorang pemandu
peribadi kepada ahli perniagaan di Pahang yang merekrut orang ramai
menyertai Daesh menerusi Facebook.
Jelasnya, suspek itu juga berhubung dengan Mohamad Wanndy Mohamad Jedi
iaitu anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria menerusi
Facebook.
4 orang berkata:
china muslim oke
dukunglah
Imperia Sky Garden
Kosmo Tây Hồ
Vinhomes Thăng Long
Anland Complex
https://goo.gl/5FD3YH
https://goo.gl/gy9qFH
https://goo.gl/7uEvc1
https://goo.gl/dZMHVb
https://goo.gl/xmu9A3
https://goo.gl/GAmTfr
Post a Comment