Majlis Syura disaran mesyuarat segera
KOTA BHARU - Majlis Syura Ulamak Pas disarankan bermesyuarat segera
bagi membincangkan pelantikan Mursyidul Am baru menggantikan tempat
Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara
Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia penting bagi
memastikan perjalanan parti terus mantap bagi menghadapi cabaran politik
semasa.
"Di dalam Perlembagaan Pas ada disebutkan jika Presiden berhenti,
diberhentikan atau terhalang daripada memegang jawatannya maka Timbalan
Presiden dengan sendirinya memangku jawatan Presiden.
"Peruntukan sebegini bagaimanapun tiada bila menyentuh soal jawatan
Mursyidul Am, yang ada hanyalah bila Mursyidul Am tiada, tugas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulamak hendaklah dijalankan oleh
Timbalan Mursyidul Am.
"Tempoh memegang jawatan Mursyidul Am adalah lima tahun dan Haron baru
memegang jawatan itu Mac tahun lalu, jadi jika mahu tunggu tempoh ini
tamat Mursyidul Am baru boleh dilantik maka ia hanya akan terjadi pada
Mac 2020,” katanya kepada Sinar Harian.
Kamarul Zaman mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi
Awang bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob akan
menjalankan tugas Mursyidul Am sementara tempoh jawatan sekarang tamat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Yakob pangku jawatan Mursyidul Am]
Menurutnya, seorang pemimpin tegas berprinsip seperti Haron diperlukan
dalam suasana politik negara yang agak berkecamuk kini kerana banyak
keputusan besar perlu dibuat, termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya
Umum.
Beliau berkata, pelantikan Mursyidul Am ini tidaklah sukar kerana
Perlembagaan Pas menyebut ia hendaklah dipilih di dalam dan dengan
persetujuan Majlis Syura Ulamak daripada kalangan ahlinya.
"Bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia Februari tahun lalu,
Haron terus dipilih sebagai Mursyidul Am baru sebulan selepas itu, dan
ini perlu dikekalkan selaras dengan keutamaan memilih pengganti
pemimpin.
"Lagipun Pas sendiri tidak kekurangan tokoh berwibawa untuk menjadi
Mursyidul Am, di mana selain Ahmad, pemimpin seperti Datuk Dr Mahfodz
Mohamed dan Dr Daeng Sanusi Mariok juga dilihat berkeupayaan menggalas
tugas tersebut," katanya.
2 orang berkata:
Dicadangkan nik abduh atau ostat taliban.
La mamat ni awat kalut sgt.kepimpinan tertiggi Pas tau la bagaimana nak tadbir parti walaupun ketiadaan mursyidul am.
Post a Comment