Kerajaan disaran kaji gaji 'lapuk' sektor awam
IPOH – Kerajaan disaran mengkaji semula elaun lapuk bagi sektor awam
menjelang Bajet 2017 Oktober depan untuk memastikan kadar simpanan isi
rumah penjawat awam dapat ditingkatkan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Pekhidmatan Awam
(Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, tindakan sewajarnya perlu dilakukan
segera supaya nasib penjawat awam terbela seterusnya tidak terbeban
ekoran kenaikan harga barang.
Menurutnya, kerajaan juga perlu memastkan elaun yang diterima sejajar
dengan kos sara hidup dengan mengambil kira pelbagai peningkatan kos.
“Kadar simpanan isi rumah kini hanya pada kadar 0 hingga 0.69 peratus dan tidak sampai pun 0.7 peratus.
“Ini menunjukkan bahawa gaji yang diterima tidak mampu untuk menyaingi
kos yang meningkat termasuk harga rumah, bahan mentah, bahan masakan
serta keperluan harian,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri
Mesyuarat Agung ke-14 Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Air Perak, hari
ini.
Azih berkata, disebabkan faktor itu, kerajaan diharapkan dapat
mempertimbangkan semula elaun lapuk penjawat awam yang lebih 12 tahun
tidak dikaji walaupun beberapa kali belanjawan dibentangkan.
4 orang berkata:
Ulamak spa benda pas ni..
Buat ruu tak ikut hukum hudud, lepas tu nak paksa org islam sokong.
Gila ker kita nak sokong pas buat hukum ikut suka dia. Mana ada dlm quran kesalahan mencuri dan zina cuma perlu bayar rm 3K hingga 5K aje.
Ayat quran mana ulamak pas ni rujuk?
Nama aje ulamak. Tapi hukum curi dan zina senang2 aje dia ubah.
Dah elok nak buat hukum hudud, boleh pulak tukar kat ruu355. Apa punya ulamak. Mati besok tak tau la masuk mana...
Bentang la hudud yg ada dlm Quran tu. Jangan bagi macam2 alasan la. Sekurang2nya dah cuba. Lepas tanggungan kat akhirat nanti. Ini kau tukar hukum ruu aje buat apa???
Pas dan umngok pun dah lapook!
Pakkara pun dah lapok gak...berkarat!
Post a Comment