Tragedi bot: Isteri harap suami selamat
PONTIAN - Hanya doa yang mampu dipanjatkan buat isteri nelayan yang
dikhuatiri lemas ketika cuba menarik bot yang terlepas daripada ikatan
di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, awal pagi tadi.
Didi Nazri, Azura Hasanuddin, 23 yang ditemui Sinar Harian berkata, dia berharap agar suaminya itu segera ditemui.
Menurut Azura, dia masih lagi terkejut dengan berita kehilangan
suaminya itu yang dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat kira-kira jam
6.00 pagi tadi.
"Saya berdoa agar suami (Didi) dapat ditemui dalam keadaan selamat oleh
pasukan mencari dan menyelamat,” katanya dalam keadaan sebak di
Pangkalan Nelayan Jeti Pontian Besar.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Didi Nazri Jefri
dikatakan pergi ke kelong terbabit bersama rakannya untuk menangkap
ikan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca mendung tidak halang usaha mencari mangsa lemas]
Didi dan Azura mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Rania, 3 tahun,
Raisha 2 tahun dan seorang bayi lelaki, Dayan yang baru berusia sebulan.
Dalam pada itu, bapa saudara kepada Didi, Hafiz Kamal, 27,
memberitahu, bot yang hanyut itu telah dijumpai pagi ini dan telah
dibawa balik ke pangkalan nelayan Kampung Persisir.
"Kami ahli keluarga dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh
rakan-rakan Didi pada kira-kira pukul 6.00 pagi sebelum melaporkan
kepada pihak berkuasa bagi meminta bantuan,” katanya.
1 orang berkata:
Kesusahan nelayan mencari rezeki utk keluarga. Gst semakin bebankan mereka.
Post a Comment