Ilmu beliau di dada, bukan di helaian buku
PENDAKWAH terkenal, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
yang berkhidmat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sejak tujuh
tahun lalu memberitahu Allahyarham telah memberi bayangan beberapa kali
yang beliau akan pergi menghadap Illahi.
Namun beliau tidak menjelaskan secara terperinci bayangan yang dimaksudkan itu.
Menurut Syed Abdul Kadir, saat mendapat panggilan telefon daripada
menantu Allahyarham malam tadi ketika sedang bersiaran langsung di TV,
jantungnya berdegup kencang dan tidak putus berdoa kepada ALLAH SWT.
“Kesedihan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Namun kita mengetahui
ketentuan ALLAH adalah yang terbaik dan meredai pemergian beliau. Kita
milik ALLAH dan kepada ALLAH jualah kita kembali.
“Saya membantu dan berkhidmat dengan Almarhum sejak tujuh tahun
lalu...saat manis dalam hidup saya. Saya belajar ribuan perkara daripada
beliau. Dapat duduk lutut bertemu lutut berdua dengan beliau sangat
selalu. Saya pernah dimarahi oleh beliau. Biasa dimanjakan,” ceritanya.
Malam tadi, khabar berita Haron Din sedang kritikal di Hospital Stanford University, Amerika Syarikat (AS) tersebar.
Menurutnya, memang jarang meminta untuk merakam gambar namun kira-kira
dua bulan lalu ketika berziarah, terdetik di hatinya untuk bergambar
dengan Allahyarham dan tanpa disangka itu adalah gambar terakhir mereka
bersama.
“Selepas pertemuan itu, ada dua kali lagi kami duduk berbincang urusan
ummah. Beliau berulang kali memberi ‘hints’ yang beliau akan pergi.
Sebelum terbang ke Amerika Syarikat beliau pun ada bercakap dengan
saya,” katanya.
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat tegas dengan
prinsip, Syed Abdul Kadir berkata, pimpinan Pas itu begitu menepati masa
serta murah dengan senyuman.
“Ilmunya tiada yang dapat menafikan. Saya lihat sendiri setiap kali
kami berbincang, ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi, dan kata-kata
para ulama dalam bahasa Arab semuanya lancar di lidahnya.
“Walaupun beliau minta saya mengkaji sesuatu isu lalu saya kaji
berhari-hari kemudian dibentangkan kepada beliau, tetap saya dapati
seolah-olah beliau lebih banyak mengkaji dan berhujah dengan hujah-hujah
yang kemas. Benarlah ilmu beliau di dada, bukan di helaian buku seperti
kita,” katanya.
Syed Abdul Kadir juga menceritakan bagaimana reaksi Allahyarham ketika
disampaikan komen negatif atau fitnah berkait dirinya yang tersebar.
“Apabila berbicara tentang Rasulullah matanya berkaca. Tergambar
kerinduan beliau yang amat kepada Rasul yang biasa beliau temui dalam
mimpi,” katanya.
Malah Syed Abdul Kadir juga akui tidak dapat menahan air matanya daripada gugur saat menatap gambar Allahyarham.
“Masih belum mampu saya hentikan. Sungguh saya merindui beliau. Moga
Allahyarham telah berada di kalangan syuhada dan solihin,” katanya.
1 orang berkata:
salam hormat saya ucapkan pada EYANG JOYO dan juga terima kasih banyak atas semua bantuannya karna EYANG sudah memberikan angka hasil ritualnya kepada saya dan alhamdu lillah benerang tembus
akhirnya aku menang main togel dan dapat banyak
yah lumayan cukup untuk ngajak keluarga liburang DI Paris dan juga cukup untuk buka usaha kecil2lang
EYANG sekali lagi terima kasih banyak atas bantuan EYANG
karna sudah sekian lama anak istri menrenget minta liburang kembali tapi uangnya nga cukup2 untuk ngajak mereka pergi tp setelah EYANG kasih saya angka 4D dan saya menang akhirnya saya sudah bisa mewujutkan keinginan mereka
sunggu sangat bahagi bisa melihat anak istri bisa tertawa lepas karna mereka adalah segalahnya bagiku munking tampat bantuan EYANG sampai sekarang aku blum bisa mewujutkan keinginan keluargaku
sekali lagi terima kasih banyak
EYANG JOYO
dan bagi saudara yang pengen mendapatkan angka hasil ritual yang asli bisa terjamin 100% silakan bergabun dengan EYANG JOYO di nmr 082384917475
(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´ Thanks sOb rOoMnyA ¨`»
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..
SELAM KOMPAK SELALU
dan
selamat buat yg JUPE hari ini.
Post a Comment