DAP perlu sensitif hubungan antara agama
KOTA BHARU - DAP perlu bersikap lebih sensitif terhadap hubungan antara
agama bagi mengelak keharmonian antara kaum terganggu, kata Naib
Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata DAP sering meminta orang Islam menghormati agama
lain, namun pada masa sama parti itu bertindak sebaliknya dengan
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris hati umat Islam di
negara ini.
"Pandangan saya ialah DAP sepatutnya lebih sensitif dengan perasaan
orang Islam sebab banyak isu kita perhatikan pimpinan DAP ini tidak
sensitif.
"Mereka minta supaya kita orang Islam menghormati mereka dan agama lain
tapi sikap mereka sendiri tak sensitif dengan orang Islam. Jadi ini
sikap yang tidak baik dan boleh menjejaskan keharmonian dalam hubungan
masyarakat dan agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas
menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di
sini, hari ini.
Mohd Amar mengulas mengenai kenyataan biadab anggota Parlimen Jelutong
Jeff Ooi kerana menerusi twitternya telah menghina pemergian Mursyidul
Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Mohd Amar berkata walaupun Pas dan DAP berbeza fahaman politik dan
akidah, namun kedua-dua parti perlu mengutamakan prinsip menghormati
antara satu sama lain dan menggesa Ooi agar membuat permohonan maaf
secara terbuka. - Bernama
4 orang berkata:
dari dlu ni org paling dungu(umno) dah pesan kat org pas pasal dap ni..tapi pas backup dap mcm anak dara sunti dia..
org paling dungu pun kenal dap pas x kenal hehe..pastu berani mengaku pas kenal agama hehehehe..
haramjadu betol
The commission toolbox review
The commission toolbox review
The commission toolbox review
The commission toolbox review
The commission toolbox reviewThe commission toolbox review
Umni dan Pas sama dunggu. Adios amigos (Spainish) → Goodbye friends (English) → Selamat tinggal sahabat (Malay)
tol la tu tapi ko jgn salah paham,2x5 je dungu semua parti pun bukan pas dan umno je hehe
Post a Comment