Tidak perlu adakan PRU14 tergesa-gesa
KANGAR - Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak perlu diadakan
tergesa-gesa hanya kerana ada isu tertentu menyelubungi negara, kata
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, mandat yang diberikan kepada BN hendaklah digunakan
sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara
berikutan kelembapan ekonomi dunia.
Katanya kerajaan tidak harus terperangkap dengan provokasi pembangkang
yang sentiasa memainkan pelbagai isu termasuk isu perkauman supaya
segera mengadakan PRU14 sebelum tempoh akhir 2018.
"Kerajaan yang bertanggungjawab mengutamakan rakyat dan perpaduan kaum,
berbeza dengan pembangkang yang lebih pentingkan kuasa politik. Saya
harap kerajaan sekarang tidak terikut-ikut rentak mereka.
"Bila rakyat memberi mandat, sewajarnya proses demokrasi itu dibenarkan
berjalan sehingga akhir tempoh, bukan diganggu-gugat," katanya kepada
Bernama di sini, hari ini.
Katanya kerajaan BN juga wajar memberi peluang kepada parti politik
baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelesaikan
pendaftaran mereka dahulu supaya berpeluang bertanding dalam pilihan
raya umum.
Annuar berkata, Umno tidak bimbang untuk PRU14 diadakan pada bila-bila masa kerana sentiasa siap siaga.
"Pembangkang sebaliknya tidak akan berhenti mengganggu sehingga jentera
kerajaan gagal berfungsi dan rakyat mempersoalkan keupayaan kerajaan
mentadbir negara.
"Oleh kerana kerajaan BN lebih bersifat terbuka untuk dikritik dan
ditegur, pembangkang seolah-olah tidak peduli masalah rakyat khususnya
ekonomi negara," katanya. - Bernama
4 orang berkata:
Mana ada dalam islam zina sebat 6 kali atau denda rm5000. Mangarut ruu pas nih
Msna ada dlm islam klu curik denda maksimum rm3000? Hadis mana? Ayat Quran mana? Ada??
Mengarut ruu pas nih
Aku nak tanya ulamak pas la. Kau punya ruu 355 yg kau cipta tu ada rujuk hudud dlm Quran tak? Klu curi ada potong tangan tak? Klu zina ada kena rejam sampai mati tak? Ada kau rujuk Quran?
Kalau tak sokong hukum buatan manusia pas boleh jatuh iman ker? Ada ayat Quran sebut ncm tu? Surah apa? Ayat berapa?
Bodoh!
Isu ruu tu gimik shj. Reputasi pas jatuh teruk kerana berbaik dgn umno sebab tu isu ruu dicanangkan utk naikkan balik sokongan.
Bab tajuk atas dasar menteri umngok bodoh, si pemakan dedak. Slogan "rakyat didahulukan" maknanya segala bastard yg lakukan termasuk korupsi, Rakyat calon diutamakan bayar hutang @ pilihan cebukkan bontot mu!
Post a Comment