Persempadanan semula: Baik tukar sistem pilihan raya
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disarankan agar menumpukan
usaha menukar sistem pilihan raya di negara ini daripada majoriti mudah
kepada sistem berimbang atau ‘proportional’.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sistem itu dilihat lebih dapat menjamin sistem pilihan raya negara.
"Daripada membuat cadangan persempadanan semula, Pas menggesa SPR
menumpukan usahanya menukar sistem pilihan raya negara kepada sistem
'proportional' yang lebih menjamin sistem pilihan raya negara berjalan
secara adil dan saksama kepada pihak yang bertanding.
“Sistem ‘proportional’ ini akan menggalakkan lagi pengundi untuk turun
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara,” katanya dalam
satu kenyataan, malam tadi.
Sebelum ini, usaha SPR untuk menjalankan persempadanan semula dibantah
parti-parti politik terutamanya pembangkang kerana mendakwa ia hanya
akan menguntungkan BN.
Menurut Tuan Ibrahim, asas utama persempadanan semula ialah untuk
memastikan setiap undi rakyat hampir sekata nilainya apabila dinisbahkan
kepada kerusi Dun mahupun Parlimen.
“Contohnya, di kawasan Parlimen yang mempunyai 100,000 pengundi, nisbah
nilai satu undi terhadap keberkesanannya dalam menentukan kemenangan
satu kerusi Parlimen hanyalah 1/100,000, ataupun 0.001 peratus.
“Nilai keberkesanan satu undi di kawasan ini adalah sangat kecil, 10
kali lebih kecil jika dibandingkan dengan nilai satu undi di kawasan
yang mempunyai 10,000 pengundi iaitu 1/10,000 ataupun 0.01 peratus,”
katanya.
Jelasnya, Malaysia mempunyai hampir 13.5 juta pengundi berdaftar yang
bakal mengundi di 222 Parlimen dan jika dibahagi secara purata patut,
hanya sekitar 60,000 pengundi memberi nilai keberkesanan satu undi
sebanyak 0.0016 peratus.
“Bagi memastikan nilai keberkesanan satu undi sekata, jurang nilai
keberkesanan satu undi di satu-satu kawasan mestilah tidak boleh
melebihi +/- 25 peratus berbanding kawasan lain.
“Bermakna jumlah pengundi sesebuah Parlimen hanya dibenarkan dalam
lingkungan 45,000 hingga 75,000 pengundi sahaja. Mana-mana Parlimen
kecil perlu digabungkan, manakala mana-mana Parlimen yang besar perlu
dipecahkan,” katanya.
1 orang berkata:
kickfit
boxing
kick boxing
lớp học boxing cho nữ tại hà nội
vo tu ve
học muay thái ở đâu
võ gậy arnis hà nội}
kickfiness
Post a Comment