Mufti Pulau Pinang bukan pro Syiah
GEORGETOWN - ‘Saya bukan pro Syiah,’. demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata demikian selepas kecewa dengan tuduhan beberapa pihak
yang mengatakannya sedemikian selepas beliau secara terbuka mengatakan
penganut Syiah masih lagi Islam.
Bagaimanapun Wan Salim sekali lagi menegaskan, sebagai seorang Muslim,
seseorang tidak boleh sesuka hati mengatakan orang lain kafir.
“Ia termasuklah mengatakan pengamal Syiah ini adalah kafir ataupun
bukan Islam, saya cuma tidak mahu mengkafirkan mereka berdasarkan hadis
yang melarang mengkafirkan Ahul Qiblah.
“Namun itu tidak bermakna saya menyokong mereka dan bererti saya
bersetuju dengan segala fahaman dan tindakan golongan tersebut. Saya
juga menegaskan bahawa saya tidak suka aliran ini dikembangkan di negara
kita,” katanya.
Sebelum ini Mufti Pulau Pinang itu dalam satu kenyataannya di laman
portal berita mengatakan aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam
walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah.
Katanya lagi dalam laporan itu, sikap saling mengkafirkan atas
perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut
keuntungan melihat Islam berpecah.
Pandangannya itu bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Kebajikan Asatizah Kebangsaan (Pasak).
Pasak menasihatkan supaya golongan ulama perlu lebih berhati-hati
mengeluarkan kenyataan berkaitan isu akidah kerana ia boleh mengelirukan
umat Islam selain dibimbangkan di manipulasi pihak tertentu dalam usaha
mengembangkan ajaran bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
(ASWJ).
Pasak turut mengingatkan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan
Syiah adalah haram untuk diikuti, disebarkan atau diamalkan.
Namun Wan Salim berkata, pendiriannya tidak bercanggah dengan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
Jelasnya, keputusan yang mengatakan Syiah sesat bermaksud mazhab ini
menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan bermaksud
menghukum mereka sebagai kafir.
“Akhirnya saya suka menegaskan saya bukanlah seorang yang pro syiah.
Tetapi saya mendambakan umat Islam kembali menjadi umat yang perkasa
dan agung.
“Matlamat ini hanya boleh direalisasikan menerusi perpaduan dan saling
bantu membantu antara pelbagai aliran dan mazhab Islam di samping
mengetepikan perbezaan yang wujud di antara mereka.
“Tak guna diungkit peristiwa masa silam yang sudah menjadi sejarah.
Kita mesti menghadapi bersama cabaran masa kini dan merancang masa
hadapan yang lebih baik untuk anak cucu kita,” katanya.
2 orang berkata:
ye benteras la fahaman dan ajaran yg diluar ahlisunnah insyaAllah..salafi pun dah masuk lama dah ada dalam parti2 ada luar parti2 dan mcm2 lagi...semua buat dono je x mau benteras,malu2 hehe..ini pun bahaya juga dan susah juga nak kesan,terutama oleh remaja2..tipis je perbezaan bunyinya, tapi besar akibatnya...
tanda2 dia,fasihnya dia berhujah sampai pokok kelapa sawit pun boleh runtuh,tanda lain seolah2 xda manusia yg betul kecuali dia hehehe..
nampak cantik dan betul dipermukaan tapi salah kat dasar..
ini pun bahaya..
semoga Allah lindungi kita sekeluarga seluruhnya dr merwka semua insyaAllah..
Isu agama jgn berani nak komen. Kerana kenyataan kita sekira benar/betul Alhamdullilah. Sekiranya salah dan kerana kenyataan kita itu menyebabkan seseorang menganut/mengikuti/mengamalkan menyebabkan orang itu shirik/sesat maka tanggunglah kita.
Post a Comment