Selangor tidak perlu adakan pilihan raya mengejut
SHAH ALAM - Selangor tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut
berikutan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang
dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya
tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Selangor kepada
pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
"Tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat
Selangor pada 2013 adalah amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh
lima tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan
Bulanan Agensi-agensi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Penasihat DAP
Lim Kit Siang supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran
cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta
negeri itu.
Selain Lim, beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain mempersoal persempadanan semula yang diumumkan SPR pada Khamis lepas.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan
Selangor akan meneliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya
berkenaan sebelum membuat sebarang bantahan terhadap cadangan tersebut.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap pihak berkaitan sekiranya persempadanan itu dilihat tidak
mengikut terma atau peruntukan yang telah ditetapkan.
"Kita sedang teliti (persempadanan itu) dan petang ini, saya akan
bertemu dengan barisan peguam untuk melihat kemungkinan mengambil
tindakan undang-undang sekiranya ada ruang bagi maksud tersebut,"
katanya.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan bahawa
kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113
Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14
Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.
Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan
satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara
sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang. –Bernama
3 orang berkata:
Nak hidup. Rakyat lantak pi lah. Janji bn menang.
Parti yg tak join pembangkang memang nak bagi susah rakyat.
Parti yang masih menyokong ameno adalah parti Yang tiada tanggung jawab kepada rakyat
Post a Comment