Azalina: Tuntutan Husam, Matthias berniat jahat
KUALA LUMPUR - Keputusan Matthias Chang dan Datuk Husam Musa
menggugurkan 'Class Action' terhadap syarikat-syarikat yang berpangkalan
di Amerika Syarikat dan individu yang dikaitkan dengan dakwaan
penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak
bermerit dan tidak berasas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata perbuatan Husam yang juga bekas naib presiden Pas dan Matthias
selaku setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berniat jahat
serta mahu meraih publisiti murahan selain menyalahgunakan proses
mahkamah.
“Kedua-dua mereka bukan sahaja cuba memalukan Malaysia malah, tindakan
mereka boleh dilihat sebagai kurang faham akan prosedur mahkamah dan
keperluan asas bagi pemfailan 'Class Action'.
“Tindakan mereka juga dilakukan atas tujuan politik dan mereka
terburu-buru di dalam perkara ini semata-mata untuk mendapat publisiti
dengan menyalahgunakan mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari
ini.
Beliau berkata Husam, di dalam kenyataannya bertarikh 24 September
lepas, menarik balik saman itu bagi menyesuaikannya berikutan beberapa
perkembangan terkini, adalah tidak dapat diterima.
Beliau berkata secara umum, permulaan 'Class Action' akan ditentukan
berdasarkan kepada empat prasyarat yang ketat mengikut Peraturan 23(a)
Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan Amerika Syarikat (FRCP-USA).
Husam dan Matthias memfailkan saman bersama itu terhadap 1MDB, Goldman
Sachs, penerbit filem Riza Aziz dan syarikatnya Red Granite Pictures.
Saman itu dikatakan diketepikan pada tengah hari Jumaat tetapi tiada alasan diberi tentang penolakannya. - Bernama
2 orang berkata:
Chung cư Imperia Sky Garden 423 Minh Khai
Chung cư Kosmo Xuân La Tây Hồ
Vinhomes Thăng Long
Chung cư Anland Nam Cường
http://bit.ly/2yg9Y8V
http://bit.ly/2xy4QcG
http://bit.ly/2y8o5hb
http://bit.ly/2nZ0GGf
http://bit.ly/2zdfuYn
http://bit.ly/2y8oIHz
Post a Comment