Pakatan pembangkang atur rundingan rasmi
IPOH - Rundingan kerjasama politik antara parti pembangkang hanya akan berjaya jika Pas komited dengan usaha tersebut.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ini kerana pihaknya percaya
ada dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mahu rundingan itu
direalisasikan.
“Saya percaya halangan utama membabitkan sebilangan pemimpin Pas. Bagi
Pakatan Harapan, kami tiada masalah begitu juga parti Bersatu.
“Sekiranya mereka tidak mahu berunding, rakyat harus sedar bahawa
mereka (pemimpin Pas) tidak lagi bersama dalam agenda reformasi untuk
menggantikan Umno dan mungkin mempunyai niat untuk menyelamatkan Umno,”
katanya.
Menurutnya, ahli dan penyokong Pas wajar memberikan tekanan kepada
pimpinan mereka supaya kembali ke meja rundingan bagi mencerahkan
peluang Pas mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.
“Jika tidak saya yakin Pas akan kalah di semua kerusi yang ditandingi
di Selangor, Perak dan mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja di pantai
timur,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1 lawan 1: Pas setuju, tapi sejauh mana mampu buat]
Mengulas pertembungan satu lawan satu yang dianggap kaedah terbaik
menewaskan BN, Kor Ming berkata, perkara itu diakui selain rakyat perlu
sedar bahawa kerajaan yang memerintah gagal menjalankan urus tadbir
negara dengan baik.
“Ini sejarah dan ia sudah terbukti. Kami harap rakyat sedar dengan
kegagalan yang dicipta BN selain bersama-sama melakukan perubahan dalam
PRU14 nanti,” katanya.
Rundingan rasmi diatur
Sementara itu difahamkan satu perjumpaan akan diatur bagi memastikan
rundingan secara rasmi bagi konsep satu lawan satu dicapai antara
parti-parti pembangkang termasuk Pas.
Tidak menyebut bila rundingan rasmi itu akan diadakan, Setiausaha Kerja
Eksekutif Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, pada dasarnya
beberapa parti pembangkang telah bersetuju dengan konsep tersebut dalam
beberapa siri perbincangan tidak formal (tanpa penyertaan Pas) sebelum
ini.
“Sebenarnya dalam perbincangan sebelum ini (tanpa Pas), idea satu lawan
satu ini sudah banyak kali disuarakan. Agak mengejutkan kerana konsep
ini nampaknya diterima semua parti, tetapi kita lihat ini satu
perkembangan sihat dan positif.
“Malah, semua pihak faham dan mengakui hakikat ini (perlunya satu lawan
satu). Jika kita berjaya mencapai kesepakatan, kebarangkalian untuk
kita menukar kerajaan adalah amat cerah.
"Untuk perbincangan rasmi nanti, kita akan berusaha untuk mendapatkan
wakil Pas untuk bersama kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, parti-parti pembangkang juga telah bersetuju untuk
mengutamakan agenda kerjasama berbanding kepentingan parti
masing-masing.
“Kita sedar pembangkang akan jadi pembangkang selama-lamanya jika kita
tidak dapat duduk dan bersepakat dalam konsep satu lawan satu ini.
“Jadi dalam pertemuan demi pertemuan yang diatur sebelum ini, kita
telah bersetuju bahawa sudah sampai masanya pembangkang ambil alih
pentadbiran kerajaan. Caranya, kita kena tolak kepentingan parti sendiri
dalam menentukan kita sepakat untuk memperjuangkan wadah politik baru
di negara ini,” katanya.
Kamarul Azman berkata, beliau yakin konsep ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
“Kalau ada halangan pun, mungkin jika ada pihak dari BN mahu pancing
parti pembangkang bersama mereka. Tetapi saya rasa perkara itu mustahil.
"Paling penting parti pembangkang kena bertolak ansur serta menerima
kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pada akhirnya, kita akan
ketengahkan resolusi yang terbaik supaya kita berjaya tumbangkan BN
dalam PRU14,” katanya.
15 orang berkata:
Cina dap ni dok kalut apa dgn Pas.biaq la Pas haluannya sendiri.
Cina dap ni dok kalut apa dgn Pas.biaq la Pas haluannya sendiri.
Biaq pi la. Pas kan nak bantu umno menang.
Biaw pi la. Pas kan nak bantu umno menang.
Umno dah pecah. Pas dah pecah. Ph dan bersatu masih ada peluang. Di kelantan jom ramai2 kita undi umno. Kasi pas tekangkang.
Nak buang hadi ngan najib senang aje. Kat pekan semua pembangkang undi pas. Kat marang semua pembangkang undi umno. Kena paham strategi laa...
Kat pasir mas, semua pembangkang undi umno. Gerenti pas tekangkang
Nak bagi nik amar tekangkang tak susah mane pom. Semua pembangkang bagi undi kat umno. Tekangkang la nik amar...tu aje cara nak ajar si bodo sombong neh
Pru 2018 hapuskan pas dulu.
Pru 2023 baru hapuskan umno.
Jangan undi parti 1mdb dan parti 90j
Pakatan Haprak ...klu brkuasa di Putrajaya lebih teruk drpd bn agaknya. Baru kuasai penang pun dah ada kes rasuah.
Pakat undi bn di Kelantan. Bagi PIGS terkejut.
Peluang utk rakyat Kelantan melihat perubahan masa depan yg lebih baik.
Ayuh beri kemenangan BN di Kelantan
Btul tu Pas dah berseorangan tiada siapa bantu lg.
Ambil kesempatan ini wahai rakyat Kelantan.
BN menang Pru nanti walau satu lawAN satu,bukan kerna party tak barrsatu tapi krn hati tak bersatu.Kalau manang pakatan baiklah.Bn kalah zaman anak2 cucu2 ahli pelotik skrg..baik mu bn,dap,pas,amanah dll kalau umor dah hampir senjo tok merosalah.namun lawen tetap lawen...
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment