Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

“Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, juga dengan parti yang bekerjasama dengan DAP,”


Abdul Hadi: Tiada kerjasama dengan DAP
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

MARANG – Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP, termasuk menjalinkan kerjasama baharu melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerjasama dengan DAP kerana sikap parti itu yang menentang agenda Islam.

“DAP mungkin tidak kerana sikap parti itu yang menentang Islam. Tiada kerjasama (baharu) dengan DAP.

"Kalau kemungkinan (gabungan baharu dengan parti pembangkang lain menentang BN) juga kita tidak boleh jawab. Kita akan lihat parti lain (dahulu). Kita tidak (mahu) mengulangi senario lama. Akan dikaji,” katanya.

Walaupun belum ada keputusan, namun Pas dilihat bersedia memberi ‘pertimbangan’ kepada parti pembangkang yang lain dalam mewujudkan kerjasama melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.

Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sekiranya mereka menjalinkan kerjasama dengan DAP.

“Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, juga dengan parti yang bekerjasama dengan DAP,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Ha ha... cantik la.
Kerjasama dgn umno la.
Bg umno menang kat selangor dan kelantan.

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

Hahahahaa .... Betui tu. PAS ni malu malu pulak aik nak berkahwin dgn UMNO. Semua orang tahu laa. Mulut kata tak tapi hati kata mai laa.

Anonymous said...

esok mood pas tukaq..dia kawan balik la tu dgn hangpa,hangpa sabaq ja la..mcm x biasa pulak aih..bab dalil depa buleh pusing2 itu xdak hai..hangpa pun 2x5 je la sama ngan umno pas pasai apa buleh x kenai pas pulak? hehe..hangpa sabaq ja..esok lusa kawan balik la tu hehehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.