Noh: Umno pun 'tak puas hati' persempadanan semula
PUTRAJAYA - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar
menyelar sikap pembangkang kerana tidak memahami proses persempadanan
semula kawasan pilihan raya, selain asyik menyalahkan kerajaan berhubung
perkara itu.
Beliau berkata, usul persempadanan semula dikemukakan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) itu turut menyebabkan Umno tidak berpuas hati kerana
ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan
dahulunya mempunyai majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.
"Contohnya di Ampang, kalau dahulu, satu kerusi Parlimen dan dua Dewan
Undangan Negeri (Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa), ketiga-tiga Umno
bertanding.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Lepas persempadanan semula BN menang lebih baik']
"Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa Umno mungkin tidak
dapat tiga kerusi itu di Ampang," katanya ketika diminta mengulas
mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya kecil di Selangor
berikutan usul persempadanan itu.
Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian
Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
(TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di kementeriannya di sini,
hari ini.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini, memaklumkan
kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113
Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14
Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.
Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan
satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara
sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan mendesak supaya Selangor
mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula,
yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam,
dilaporkan berkata Umno akan meneliti usul persempadanan itu dan akan
dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Sept ini. -
Bernama
2 orang berkata:
Bodoh spr ni. Keldai peliharaan BN.
Buto
Doakan sahaja warga spr dan keluarga mereka tidak selamat.
Amin.
Ini penipuan! Ini khianat kepada rakyat!
Kalu niat tak betol, mati besok sempadan kubor himpit dia pulak. Klu niat baik jgn takut, tuhan balas baik jugak.
Post a Comment