AS tersalah lancar serangan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pentagon menzahirkan kekesalan atas
kehilangan puluhan nyawa susulan serangan udara dilancarkan pakatan
antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS) terhadap kedudukan tentera
berhampiran sebuah lapangan terbang di Syria, kelmarin.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rusia memaklumkan sekurang-kurangnya
62 tentera rejim Presiden Bashar al-Assad terkorban manakala 100 lagi
cedera selepas pangkalan tentera udara Dayr al-Zawr dibedil dua pesawat
pejuang F-16 dan dua jet A-10.
Pegawai tentera di Washington yang enggan identitinya didedahkan menyatakan ia mungkin berpunca daripada kegagalan risikan.
"Ia adalah insiden yang tidak disengajakan kerana tentera AS percaya ia
adalah kedudukan kumpulan militan Daesh selepas mengumpulkan maklumat
mengenainya selama beberapa hari," jelasnya.
Sementara itu, Pusat Perintah AS (Centcom) memberitahu serangan udara
itu dihentikan serta-merta selepas mereka mendapat maklumat mengenai
kedudukan tentera Syria terbabit namun sebanyak enam kenderaan telah
musnah akibat bedilan tersebut. - AFP
2 orang berkata:
Biarlah yg mati tu rejim syiah. Senjata canggih pun boleh tersasar. Bukti kuasa Allah. Jangan mita lupa!
pittsburgh steelers jersey
basketball shoes
falcons jersey
carolina panthers jersey
nike air max 90
new england patriots jerseys
jordan 8
san antonio spurs jerseys
ugg outlet
snapbacks wholesale
Post a Comment