Kajian: Hishamuddin pilihan rakyat Selangor jadi PM
SHAH ALAM - Hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menjadi pilihan rakyat
Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana
Menteri.
Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, 32 peratus responden memilih Menteri Pertahanan itu.
"Datuk Seri Hishamuddin lebih popular berbanding Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (31 peratus).
"Bagi Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) 28 peratus dan dua
calon lain, Tan Sri Annuar Musa (Ketua Penerangan Umno) dan Datuk Seri
Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) enam
peratus," katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu
dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.
Sementara itu, kajian sama turut mendapati pengundi kaum Melayu dan
Cina memilih Hishamuddin dengan masing-masing 33 peratus manakala Ahmad
Zahid popular dalam kalangan pengundi kaum India dengan 36 peratus.
Mengikut umur, Hishamuddin menjadi pilihan responden berusia 31 hingga 50 tahun.
Namun Ahmad Zahid popular dalam kalangan pengundi berusia 51 hingga 60 tahun ke atas.
Manakala Khairy pula seperti yang dijangka popular dalam kalangan orang muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.
Ketika ditanya kaedah pemilihan pemimpin-pemimpin Umno itu untuk
dijadikan kajian, Mohamad Redzuan berkata pihaknya menjalankan saringan
terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan.
2 orang berkata:
Agaknya Najib nak penganti dia dapat protect dia dari dikenakan tindakan. Betul tak?
www0518
ugg outlet
magic jerseys
world cup jerseys
cheap football shirts
coach outlet online
nike store uk
nike store
cleveland cavaliers jersey
polo ralph lauren
hawks jerseys
Post a Comment