Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG INI PAS ATAU DEAWAN ULAMA PAS PUSAT KENA JAWAB,


Jangan kafirkan orang lain kerana RUU 355
Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

GEORGETOWN - Jangan sesuka hati mengkafirkan orang lain disebabkan Rang Undang-Undang (RUU) 355, demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, pihaknya begitu kecewa dan sedih apabila mendapati segelintir agamawan di negara ini dengan sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam hanya kerana menyatakan pendirian berkaitan rang undang berkenaan.

“Bila ada yang mengambil pendirian tidak bersetuju dengan RUU 355, terus individu berkenaan dicop sebagai kafir, pada saya ini tidak baik dan amat mengecewakan.

“Saya tidak menafikan tentang peri pentingnya gagasan sedemikian dilaksanakan dan justeru sepatutnya ia mendapat sokongan semua pihak. Tetapi yang perlu difahami RUU 355 belum lagi dimuktamadkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tegas Wan Salim sepatutnya perbincangan lebih berhemah perlu dibuat sebelum masing-masing melontarkan pelbagai perkataan yang menyakitkan diantara satu sama lain.

“Biarlah ia dibincangkan terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.

“Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara di negara kita,” katanya.

Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.

“Kononnya sesiapa tidak menyokong akan menjejaskan akidah, adakah perkataan sebegini sepatutnya diungkap oleh seorang yang cerdik dalam bidang agama.

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia,” katanya.

Beliau turut menggesa supaya Kerajaan mengambil daya usaha membentangkannya dalam keadaan yang lebih serius. 

“Barulah ia tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Terbaik. Hujah yg matang.

Anonymous said...

Masing2 fikir la sendiri....pendirian masing2...cuma esok jwp la masing2...masing2 btemu Allah yg satu..no return back....buka alQuran..akan jumpa la jawapan.

Anonymous said...

Hukum dlm ruu 355 tak ada dlm Quran. Dlm quran kesalahan zina dan curi mana ada cuma hukum denda shj.

Knapa tak cadangkan hudud. Hukum sebenar utk org islam ialah hudud.

Nak perkasa mahkamah syariah, laksanakanlah hukum hudud. Itu baru perkasa dan wajib disokong.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.