Jeff Ooi nafi persenda Haron Din
GEORGETOWN – Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun menafikan dakwaan
mempersendakan kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din melalui
kenyataan di Twitternya, semalam.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jeff Ooi mendakwa kenyataan itu disunting pihak lain dan bukan daripadanya.
“Terus terang, saya bukan peminat beliau (Haron Din). Oleh kerana
beliau adalah sebahagian daripada rakan PR suatu masa dahulu, saya ingin
mengucapkan selamat tinggal.
“Saya tidak berniat untuk menulis sesuatu yang tidak baik terhadap beliau dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, gambar yang diviralkan kononnya beliau mempersendakan
Allahyarham Haron Din adalah tidak benar dan didakwa daripada sumber
yang meragukan seperti manipulasi ‘photoshop’.
“Saya sentiasa mengawal sebarang penyebaran maklumat melalui Facebook dan Twitter saya yang boleh disemak secara online.
"Sumber-sumber lain bukan daripada saya,” katanya.
2 orang berkata:
Ini org bnyak jahat punya cakap la...itu parti trnakan punya org tarak komen apa pun..takut ma....
Sya sokong pr.
Tbh saya tak sokong cara tindakan dia yg bersifat biadap.
Dia perlu memohon maaf terbuka kpd keluarga Allahyarham.
Yg salah tetao salah.
Jgn pulak bila bos parti kamu membaruakan org, kamu sokong pulak yer....
Post a Comment