Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAMAN NAK RAMPAS KUASA, BIARKAAAAAAN !


Logo halal: Jakim minta penjelasan Risda
Othman Mustapha
Othman

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menanti penjelasan lanjut Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhubung hasrat mereka untuk melancarkan logo halal baharu, tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, hasrat Risda dan Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)  mengeluarkan logo halal baharu bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Perintah 2011.

“Sekiranya pihak IKIAM dan Risda berhasrat untuk terus mengeluarkan logo halal baharu tersebut kepada produk Muslim keluaran usahawan pekebun kecil Risda, maka ia bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Perintah 2011 yang jelas menyatakan, hanya Jakim, Jain (Jabatan Agama Islam Negeri) atau Main (Majlis Agama Islam Negeri) sahaja merupakan pihak berkuasa berwibawa di dalam mengeluarkan pengesahan Halal.

“Jakim akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Risda berkaitan hasrat untuk mengeluarkan logo halal baharu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, logo yang akan dilancarkan itu bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim bagi membezakan produk keluaran Muslim dengan bukan Muslim.

Ia juga bagi membantu usahawan pekebun kecil Risda menerajui pasaran halal domestik dan antarabangsa.

Menurut Othman, meskipun inisiatif Risda dan IKIAM itu mempunyai objektif yang baik namun mereka perlu memastikan produk yang akan menggunakan logo produk Muslim keluaran usahawan pekebun kecil Risda itu terlebih dahulu mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari Jakim, Jain atau Main.

“Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan semua pihak termasuk individu atau syarikat agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal.

“Selain agar ia tidak bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang melarang pengisytiharan halal tanpa mendapat pengesahan dari pihak berkuasa berwibawa,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.