Hari kedua: Usul RUU 355 jatuh ke bawah
KUALA LUMPUR - Hari kedua sidang Dewan Rakyat hari ini, menyaksikan
usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibawa
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah
dalam kertas aturan urusan mesyuarat Parlimen.
Terdahulu, pada hari pertama, semalam usul ini tidak sempat dibahaskan
memandangkan ia tersenarai pada kedudukan keempat aturan mesyuarat,dan
hari ini pula ia jatuh ke nombor tujuh.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rang RUU 355 tidak sempat dibahaskan]
Difahamkan, usul pindaan akta ini diturunkan untuk memberi laluan terlebih dahulu kepada usul yang akan dibawa kerajaan.
Untuk rekod, pindaan akta ini hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua pertiga dewan.
Sementara itu minggu ini juga, Dewan Rakyat akan memberi tumpuan kepada
Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak .
Sidang Parlimen kali ini akan berakhir pada 24 November.
Jika usul itu terus ditolak ke bawah, Abdul Hadi masih berpeluang memohon kerajaan menaikkan usul berkenaan.
4 orang berkata:
Ayat seperti golongan yang ditipu berkali-kali selepas mengeluarkan kenyataan sombong dan riak. Selepas menghina dan mengkafirkan orang Islam semata-mata ingin ditipu dan terus ditipu. Bak kata Almarhum TGNA jangan sampai dipatuk 2 kali di tempat yang sama.
usaha dengan jual agama?...budak kecik baru nak ngaji bleh ler ko tipu..bila ko berusaha dengan bersih..bersih tu jihad..bila ko berusaha dengan dap,itu halallalan toyiban,bila ko dah x berusah dengan dap,dap tu kafir harbi,budak dah tau lama barang tu ko serban besar kapal pun x nampak barang tu,bila ko x berusaha dengan umno ko takfir umno,bila ko sedang berusaha dengan umno..umno dah x kafir dah..hehe ini bukan usaha..ni pendusta besar hehe..semoga diri2 kita, anak cucu kita muslim semua x kene tipu ngan ko..insyaAllah..
demi secebis kuasa habis anak cucu muslim yg xda bimbingan agama yg betul kena tipu ngan ko idup2..hehe
Kerasnya hati kamu. Kalau kamu seorang islam. Tentu ada sedikit iman dalam diri kamu.
Post a Comment