Heh! Kalau
dah namanya Kaki Fitnah ye tak. Memang sampai ke sudah la diorang tak
dapat nak larikan diri dari melakukan dosa tersebut secara terang -
terangan. Sekarang diorang nak rakyat pulak turut serta tanggung dosa
yang dilakukan.
Jika sebelum
ini, Si Mat Sabu tu didapati bersalah oleh pihak mahkamah kerana
menabur fitnah. Kali ini giliran Ahli Jawatankuasa PAN pulak berhadapan
dengan tuduhan yang sama, didapati bersalah kerana membuat fitnah
terhadap pihak Felda.
Dek kerana
kesalahan yang dilakukan itu menyebabkan Si Mazlan Aliman didenda
sebanyak RM 500 ribu, maka Si Mat Sabu ni menyeru agar rakyat Malaysia
dapat membantu AJK parti Ternakan DAPigs itu untuk membayar ganti rugi
tersebut.
AIDCNews -18/10/16 –Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu merayu orang ramai membantu Ahli Jawatankuasa PAN pusat, Mazlan Aliman yang memerlukan bantuan kewangan bagi membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, bantuan tersebut sangat diperlukan Mazlan yang berjuang atas kapasiti presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), untuk mengelak daripada kemungkinan bakal diisytiharkan muflis.
“Beberapa tindakan undang-undang diambil ke atasnya dan tindakan saman yang akhirnya menyebabkan beliau telah diminta membayar tuntutan sebanyak RM500,000 semata-mata kerana tulisannya.
“Sekiranya Mazlan tidak dapat mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Dengan itu kami hadir merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau,” kata Mat Sabu dalam sidang media Solidariti buat Mazlan Aliman di Kuala Lumpur, hari ini.
Inilah
masalahnya dengan orang yang tak reti hukum hakam Islam. Yang buat salah
pulak yang nak dibantu sedangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah
atas dirinya sendiri. Bukannya ada orang pun yang paksa dia menabur
fitnah terhadap Felda.
Yang Si
Mazlan Aliman tu suka - suka hati je menabur fitnah terhadap Felda tu
sapa suruh? Siapa yang paksa dia membuat dakwaan dan tuduhan tanpa
merujuk kepada bukti yang sah? Dia yang gatal sangat mulut nak membuat
tuduhan.
Jadi
sekarang Si Mat Sabu tu nak rakyat Malaysia pulak tanggung dosa yang
telah dilakukan oleh Si Mazlan Aliman tu supaya diorang boleh sama -
sama dipertanggungjawabkan diatas kesalahan tersebut? Kalau masih ada
pihak yang nak membantu, kita ucapkan tahniah la. Sama - sama la kita
berdoa semoga diorang ni terlepas dari hukuman diakhirat kelak!!!
1 orang berkata:
Klu kat zimbabwe sana, walaunta fitnah tak apa sbb derang ada lesen besarrr. Ada no tiket masuk syurga. Tunjuk no tiket terusssss je masuk syurga. Korang jgn jeles. Korang yg tak ada no tiket keahlian tu jangan cuba buat fitnah mcm derang kat zimbabwe tu.
Post a Comment