Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Aziz Bari: Nasha akan terima kesan lebih parah bila Tuan Ibrahim bertanding

Lim Hong Siang | May 24, 2011 07:34:16 pm



Pengumuman Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang akan datang dijangka memberi "kesan yang lebih parah" kepada penyandang yang mempertahankan jawatan, iaitu Nasharuddin Mat Isa, berbanding dengan seorang lagi calon iaitu Mohamad Sabu, kata Profesor Abdul Aziz Bari.

Pertandingan tiga penjuru dijangka berulang dalam pemilihan parti pada Jun 2011, setelah tiga orang pemimpin memperolehi pencalonan yang mencukupi mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.  Dalam pemilihan pada tahun 2009, pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Sabu, Husam Musa dengan Nasharuddin Mat Isa akhirnya memihak kepada penyandang, meskipun jumlah undi yang diperolehi kedua-dua orang "pencabar" lebih daripadanya.

Sesetengah penganalisa menganggap Nasharuddin Mat Isa menang kerana kebanyakan perwakilan PAS meletakkan "kepimpinan ulamak" sebagai pertimbangan utama mereka, lantas Husam dan Mat Sabu yang bukan dari golongan ulama gagal mendapat tempatnya.  Kali ini, apakah pula kesudahannya apabila Tuan Ibrahim yang berasal dari golongan ulama mengambil bahagian dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden?

"Itu tanggapan atau persepsi kita (bahawa ahli PAS mahukan ulama menyandang jawatan Timbalan Presiden).  Sama ada ia benar atau tidak kita kena lihat masa pengundian nanti.  Saya yakin perwakilan mahu PAS melonjak dalam politik nasional," jawab Abdul Aziz Bari kepada MerdekaReview melalui emel.

Beliau menambah, "Saya tidak fikir PAS akan mendapat lonjakan di peringkat nasional melalui Tuan Ibrahim atau Nasharuddin (gambar kanan).  Logiknya saya fikir Tuan Ibrahim akan mengambil undi yang dijangka memihak kepada Nasharudin.  Logiknya Nasharuddin yang akan menerima kesan lebih parah berbanding Mat Sabu."Penilaian terhadap Nasharuddin

Ketika diminta untuk menilai prestasi penyandang jawatan Timbalan Presiden, Aziz Bari melontarkan kritikannya, "Beliau tidak banyak bekerja untuk memperkuat jentera parti.  Nasha lebih banyak keluar negara.  Di parlimen beliau tidak aktif.  Kawasan parlimen juga tidak dijaga dengan baik sama ada di Yan (1999-2004) atau sekarang di Bachok.  Nasha juga terlibat dengan usaha mendekati UMNO.  Jadi Nasha bukan sahaja tidak memperkasa parti tetapi juga melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat."

Abdul Aziz Bari (gambar kiri) juga mengulas "kepimpinan ulamak", yang dikatakan masih menjadi faktor pertimbangan utama ketika perwakilan memilih pemimpin mereka.  "Kita kena sedar bahawa kelayakan 'ulama' ini tidak ada dalam perlembagaan PAS.  Ia hanya timbul kerana pengaruh revolusi Iran pada tahun 1979 dan begitu kedengaran sebagai slogan untuk menjatuhkan Asri Haji Muda pada tahun 1982. 

Selepas itu slogan itu terus ditiup untuk menjadi retorik parti.  Tetapi dalam keadaan politik yang sudah berubah dan PAS perlu merakyat dan membuka pintu kepada non-muslim, ulama tidak lagi penting.  Malahan ia seperti menjadi liabiliti apabila mereka yang digelar ulama gagal menjalankan kerja," Katanya.

Tuan Ibrahim mengumumkan bahawa kesediaannya untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, pada pagi ini.  Yang berikut adalah kenyataannya (dipetik dari Harakah Daily):

Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22 Mei 2011.  Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.